gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Zarif Ghazi Tak Kejar Anugerah, Mahu Fokus Asah Bakat Lakonan - “Saya Masih Hijau…”
HIBURAN
Lelaki Tawar Pelukan Lima Minit Dengan Bayaran RM33
GAYA HIDUP
Bisikan Terlarang: Bakal Pasangan Hadapi Sumber Kewangan, Pilih Kekal Atau Lari?
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

'Top 10 Wanita Tercantik Malaysia’ Buka Jalan Cinta Jefri Nichol & Ameera Khan - "Saya Stalk Instagram Dia..."

gempak
Asyraf Roslan
04/06/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
'Top 10 Wanita Tercantik Malaysia’ Buka Jalan Cinta Jefri Nichol & Ameera Khan - "Saya Stalk Instagram Dia..."
Pelakon Indonesia, Jefri Nichol akui berminat untuk mengenali kekasiha hatinya, Ameera Khan selepas membaca satu artikel mengenai 10 wanita tercantik di Malaysia di platform X.
Jelas Jefri, selepas membaca artikel tersebut dia tekad untuk cuba mengenali Ameera dengan lebih dekat.
"Awalnya di Twitter saya lihat satu artikel 10 wanita tercantik Malaysia dan nombor satu adalah dia. Jadi saya stalk instagram dia.
“Saya follow dia dan dia terus follow saya balik, sumpah saya terkejut. Dari situ kami berbual, itu pada tahun 2021,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon filem Ali Topan juga mengakui pada ketika itu hubungan mereka tidaklah begitu rapat.
Namun selepas mengenali lebih rapat pada tahun 2023 pasangan ini mula menjalinkan hubungan cinta pada awal tahun lalu.
“"Hubungan kami on off pada ketika itu, 2023 baru kami berjumpa dan pada awal tahun 2024 baru kami berdua mula bercinta,” tambahnya.
Jefri juga berkongsi mereka berdua sering berhubung menerusi panggilan telefon kerana hubungan jarak jauh.
Topic Berkaitan
#pelakon
#Jefri Nichol
#Ameera Khan
#LMK
#Pempengaruh
Must-Watch Video