,
Berita

Tragedi Disember, Dah Siap Gambar Pre-Wedding Tapi Lia Natalia Tak Jadi Kahwin

Syafiqah Jalal
03/01/2021
05:41 MYT
Pelakon Lia Natalia terpaksa menerima hakikat perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung Disember lalu dibatalkan.
Lia berkata, dia enggan mendedahkan punca perpisahan dengan jejaka yang dikenali hampir setahun lalu itu kerana ia akan membuka aibnya.
"Ada masalah yang saya tidak boleh terima. Itu sahaja yang boleh saya kongsikan. Saya tidak mahu meletakkan kesalahan kepada satu pihak sahaja. Apa sebenarnya yang berlaku, biarlah antara kami sahaja yang tahu," katanya.
Lia berkata, dia terkilan kerana segala persiapan sudah hampir siap sebanyak 70 peratus termasuk penggambaran pra-perkahwinan yang dijalankan September lalu.
"Ia termasuk tempahan lokasi, hantaran, tiket penerbangan dan sebagainya. Namun akhirnya tak jadi kahwin. Saya reda dengan ujian ini dan menganggap apa yang berlaku tiada jodoh di antara kami," katanya.
Lia berkata, dia bersyukur ahli keluarga yang menetap di Sabah tidak putus memberikan sokongan dan semangat dengan masalah yang berlaku.
"Saya sedih sangat sebab memang dah bersedia nak kahwin, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Keluarga saya reda dan faham dengan situasi yang berlaku antara kami. Awalnya mereka memang teruja apabila dapat tahu saya mahu tamatkan zaman bujang memandangkan saya anak bongsu.
"Ibu juga minta saya bersabar kerana dia tahu anaknya memang serius untuk berkahwin. Segala yang berlaku saya kena terima, mungkin ada hikmahnya juga.
"Cuma buat masa sekarang saya tidak mahu untuk kenangkan apa yang berlaku. Lebih baik untuk saya fokus dalam lakonan sahaja. Soal cinta tolak tepi dulu. Pengalaman lalu banyak memberi pengajaran dan saya bersyukur kerana teman-teman rapat pun ada di sisi memberikan kekuatan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Lia kini sedang sibuk di lokasi penggambaran drama Diva Popular arahan Erma Fatima yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pelakon Kantoi Dengan Sugar Daddy, Sampai Minta Pembantu Peribadi ‘Deal’ Dengan Isteri Pertama Untuk Redakan Keadaan

gempak
07/09/2024
05:55 MYT
Hanya memperkenalkan artis tersebut sebagai R, Hilmi memberitahu bahawa aktres berkenaan pernah ditangkap oleh isteri pertama skandalnya itu.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Apich Lo Tak Tergugat Dengan Hero Baru, Anggap Usia Bukan Penghalang - "Kalau Minat, Mesti Usaha"

gempak
05/09/2024
12:55 MYT
Baru bertapak dalam industri lakonan, pelakon Apich Lo meluahkan rasa syukur kerana diberi kepercayaan untuk membintangi filem Pontianak 200KG
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Bollywood

Preity Zinta Dedah Gagal Rawatan IVF Punca Guna Kaedah Ibu Tumpang

gempak
04/09/2024
14:50 MYT
Aktres Preity Zinta dan, Gene Goodenough, diketahui memiliki anak kembar Jai dan Gia yang lahir pada November 2021.