Laman Utama

#Travelmana: Amankila Resort Mewah Bali Tempat Nikah BCL, Tiko! Ini Fakta Menarik, Pakej & Harganya

Amri Hassan
03/12/2023
07:55 MYT
Bunga Citra Lestari atau mesra disapa BCL telah selamat bernikah dengan ahli perniagaan Tiko Aryawardhana di Bali pada 2 Disember 2023.

BERITA TRENDING: BCL Selamat Bergelar Isteri Tiko

Memilih resort mewah Amankila di Kacematan Manggis, Karangasem, Bali, lokasi ini terkenal dengan panorama yang indah.
Resort mewah ini berada di pantai di Selat Lombok dan lereng Gunung Agung yang dianggap suci. Pengunjung yang menginap di sini pasti dapat merasakan suasana alam Bali semulajadi.
Manakala, Beach Clubnya pula menghadap private beach dengan pasir hitam!
Untuk ke Amankila, perjalanan dari Lapangan Terbang Gusti Ngurah Rai di Denpasar akan mengambil masa 90 minit.
Bilik suite utamanya menawarkan pemandangan spektakular di lereng bukit dan memiliki kolam renang tiga tingkat di tengah-tengah resort.
Setiap suite di resort ini dibina secara terpisah sebagai beach house.
Dengan atap bahan semulajadi dan dikelilingi pohon kemboja, setiap suite punyai bilik tidur yang besar dengan ruang yang luas. Malah, ada antara suite dibina bersama dengan kolam renang peribadi.
Selain menginap, resort ini menawarkan pengalaman menarik buat tetamunya. Dua perahu tradisional tersedia untuk menjelajah Selat Lombok.
Malah, di sini juga adanya beberapa port snorkeling yang menarik antaranya Manta Point dan Crystal Bay.
Bukan hanya rekaan berteraskan Bali, makanan yang disajikan di sini juga menggunakan produk tempatan yang bermusim.
Resort ini punyai tiga ruang acara iaitu di The Restaurant, The Terrace dan The Coconut Grove, iaitu di tepi pantai dengan pemandangan dramatik serba indah.
Buat pasangan pengantin, di Amankila juga adanya pakej mandi lulur serta pelbagai lagi pakej menarik.
Paling tak jemu pastilah latar muzik tradisional Bali dan jika berkesempatan, anda berpeluang untuk menonton tarian klasik Oleg Tambulilingan atau Legong. Memang superb!
Untuk rekod, resort ini menjali pilihan selebriti antarabangsa menginap termasuklah David Beckham, Julia Roberts, Cameron Diaz, Nicole Kidman dan Nicolas Cage.
Harga penginapan satu malam di Amankila bermula sekitar RM5,654 hingga RM11,026.
Sumber: Bali Suara, Seleb Tempo, Amankila
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Hiburan

Suami Terbabit Kes Seleweng Wang Syarikat, Bunga Citra Lestari: – “Boleh Tak Kalau Saya Tidak Mahu Ulas”

gempak
23/07/2024
04:55 MYT
Bercakap kepada Gempak, Bunga Citra Lestari enggan mengulas isu yang membabitkan suaminya itu.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.