Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
Maliah Surip
23/11/2024
12:00 MYT
Sponsor Banner
#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Dan tanpa sangsi, Fodor yang memang sebelum ini terkenal dengan ‘senarai hitam’ destinasi tak patut dikunjungi Bali, Indonesia di dalam senarainya.

BERITA TRENDING: Ratu Cantik Indonesia Ketut Permata Juliastrid Dimahkotakan Juara Sulung Miss Cosmo 2024! Semak Fakta Menarik Tentangnya

Bali yang cukup terkenal sebagai pulau pelancongan popular dunia malah menduduki tangga pertama destinasi tak patut dilawati pada 2025 di antara 15 senarai.
Fodor antaranya menyebut Bali telah menjadi terlalu sesak dengan pelancong sehingga menganggu kehidupan sejahtera penduduk tempatan dan mula mengumpul lebih 1.6 juta ton sampah setiap tahun, lapor The Independent.
Pulau tersebut dilaporkan menerima sekitar 5.3 juta pelancong antarabangsa pada 2023.

BERITA TRENDING: Meerqeen Perjelas Dakwaan Bercuti Di Bali Bersama Ameera Khan - “Saya Tak Tahu Dia Berada Di Sana”

Selain Bali, Koh Samui, Thailand dan Gunung Everest, Barcelona, Nepal, Kerala, India serta Tokyo, Jepun juga masuk senarai destinasi pelancongan yang patut dihindari pada 2025.
Meski demikian, Fodor menegaskan tidak mengajak pelancong memboikot destinasi tersebut kerana akan merugikan ekonomi tempatan.
“Senarai ini dikeluarkan selepas melihat pelancong memberi tekanan kepada tanah dan masyarakat setempat,” ujar kenyataan Fodor.

BERITA TRENDING: Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024