Astro Ria kini kembali dengan slot MegaDrama terbaharu berjudul Cina Buta.

Sebagai tanda perkenalkan kepada penonton, satu tayangan perdana drama hasil karya daripada Shahrulezad selaku penerbit, penulis skrip serta pengarah telah disiarkan malam tadi.

Meskipun hanya 30 minit sahaja tayangan yang dikongsikan di Astro Ria itu, namun pelbagai reaksi telah diberikan oleh penonton.

Menjengah ke laman Twitter, rata-rata wargamaya memuji kualiti drama tersebut selain terhibur dengan gelagat watak yang dibawakan oleh pelakon Cina Buta.

Malah tanda pagar #CinaButa turut trending di laman sosial tersebut.

“Drama ini rare ye, sumpah best!”, kongsi seorang netizen.

“Abang Ijat (Shahrulezad) drama ni best gila! Kelakar tengok perangai masing-masing haha berdekah ketawa,” ujar seorang warganet.

“Best cerita Cina Buta dekat Astro Ria ni, talak jangan buat main-main tau. Best sebab ada Nad Zainal berlakon, Gaduh-gaduh is real,” tulis seorang wargamaya.

Terdahulu, tayangan Cina Buta terpaksa ditunda siaranya berikutan menghormati pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat jangkitan kuman di paru-paru.

BACA: Shahrulezad Reda Cina Buta Ditangguhkan Lagi, Ingat Kata Nad Zainal; “Dia Pernah Cakap…”

Selain Nad Zainal, Cina Buta turut dibintangi pelakon Ungku Ismail, Aliff Aziz dan ramai lagi.

Saksikan episod pertama Cina Buta bermula 19 Disember depan di Astro Ria.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama ini juga bolen distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)


Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.