Skip to main content

Berita Tempatan

"Tugas Kita Bukan Menghukum, Tapi ....." - Ini Nasihat Adam Corrie

adam_10.jpg
Pelakon yang terkenal dengan watak antagonis, Adam Corrie Lee menasihati orang ramai supaya berpada-pada dalam menegur seseorang.

Menerusi entri di Instagram (IG), menjelaskan setiap teguran yang dilakukan mestilah mempunyai adab supaya tidak melukakan hati mana-mana pihak.

"Jangan kerana teguran kasar kita membuatkan rakan kita jadi semakin jauh dengan agama. 

"Terutama kepada mereka yang baru kenal agama dan masih rapuh imannya. Tak kisahlah yang lahir Islam atau sebaliknya.
 

"Teguran pun mesti ada adab dan berhikmah.Hati-hati, tugas kita bukan menghukum tapi sebarkan kebaikan," tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Adam dan berharap netizen lebih berhati-hati dalam memberi teguran pada seseorang di media sosial.

Must-Watch Video

Advertisement