Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil memberi penjelasan mengenai foto tular seorang pembaca berita lelaki memakai Cheongsam keitka bersiaran pada Tahun Baru Cina lalu.

Foto pembaca berita tersebut, Mohd Dhihya Sahlan telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial termasuk artis veteren serta penyampai radio Malaysia Patrick Teoh.

Patrick telah memuat naik status mempertikaikan kredibiliti RTM yang merupakan agensi kerajaan membenarkan pembaca berita lelaki memakai Cheongsam.


Menjawab kritikan Patrick, RTM akui sedikit kecewa dengan tindakan terbabit kerana sepatutnya Patrick sepatutnya menyelidik dahulu perkara sebenar sebelum bertindak memberi komen sedemikian.

“Kami, di RTM sedikit kecewa dengan tindakan Encik Patrick Teoh kerana beliau sepatutnya periksa perkara tersebut secara terperinci sebelum memberi komen yang tidak bertanggungjawab seperti ini.

“Komen tersebut sudah dikira sebagai memfitnah. Walaupun kami terima kritikan tetapi ia mestilah dilakukan dengan cara yang betul.

“Sepatutnya beliau memberi kritikan yang membina dan tidak patut disampaikan secara kasar,” kata RTM seperti yang dilaporkan The Star.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Perhubungan Awam Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkata, sebagai agensi kerajaan, RTM amat peka mengenai masalah budaya dan perkauman.

“Mengenai pakaian tersebut, kami telah merujuk kepada penata gaya Jenny Kueh yang telah memaklumkan bahawa Samfu yang dipakai Mohd Dhihya berasal dari etnik Machu di China dan ia bukannya Cheogsam.

“Kesilapan kami ialah, apabila memilih ukuran pakaian yang salah untuk pembaca berita tersebut,” katanya.