Kerajaan Malaysia mengambil keputusan. menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan negara ini sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pengangkutan akan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat itu daripada berlabuh di Malaysia.

BERITA TRENDING: Pro Palestin Hantar ‘Jenazah’, Pulang Barangan Yang Dibeli Di Zara

“Sekatan itu adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.

“Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat itu berlabuh di Malaysia. Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan yang lalu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berkata Malaysia akan mengenakan larangan kepada mana-mana kapal dalam perjalanan menuju ke Israel untuk memuatkan kargo di negara ini.

“Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.

“Kedua-dua sekatan itu berkuat kuasa serta merta. Malaysia yakin keputusan tersebut tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan,” katanya menerusi sidang akhbar.

Sekadar info, Zionis telah membunuh sekitar 19,667 warga Palestin sejak dari 7 Oktober lalu.

Sumber: Kosmo