NUSANTARA
Turun 9 Kilogram Dalam Tempoh 2 Bulan, Ini Rahsia Melly Goeslow
Penyanyi popular Indonesia, Melly Goeslow mendedahkan telah susut berat badan sebanyak 9 kilogram dalam tempoh kurang daripada dua bulan.
Rahsianya, Melly mendapatkan khidmat nasihat untuk berdiet daripada seorang doktor demi menurunkan berat badannya.
"Saya turun hampir 9 kilogram dalam waktu kurang dari dua bulan.
"Selain dari ini semua hasil kerja tangan Dr @cissienugraha," tulisnya menerusi entri di Instagram.
Melly, 44, juga sentiasa mengawal fikirannya untuk tidak terlalu memikirkan perkara yang boleh membuatkannya tertekan.
"Hidup terlalu singkat untuk dibebani fikiran-fikiran jelek.
"Inipun saya tak terlalu ambil pusing sama berat badan turun berapa.
"Yang penting baju-baju banyak yang sudah muat balik," tambah isteri kepada pemuzik Anto Hoed ini.
Perubahan berat badannya itu mendapat pujian daripada peminat dan mengagumi usaha kerasnya.
Must-Watch Video