Laman Utama

Twitter Tutup Sepenuhnya Akaun Donald Trump

gempak
Asraf Aided
09/01/2021
06:58 MYT
Sponsor Banner
Twitter Tutup Sepenuhnya Akaun Donald Trump
Twitter Inc telah memaklumkan pada 9 Januari 2020 bahawa pihak mereka menutup akaun Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengelak terjadinya keganasan berterusan.
Syarikat media sosial terkemuka itu membuat keputusan tersebut ekoran keganasan memuncak pada Rabu.
"Selepas meneliti dengan lebih dekat pada beberapa tweet terbaru dari akaun @realDonaldTrump dan maksud di sebalik muat naik tersebut, pihak kami telah menutup akaun itu secara kekal bagi mengelakkan berlakunya keganasan berterusan," tulis pihak Twitter. Selain itu, Facebook Inc baru-baru ini juga mengatakan mereka telah menggantung akaun Trump sehingga berakhirnya tempoh beliau memegang jawatan presiden.
Sebelum ditutup secara kekal, akaun Trump telah digantung sementara susulan keganasan di Capitol Hill baru-baru ini.
Ketika itu, pihak Twitter telah memberi amaran akan menutup sepenuhnya akaun tersebut jika melanggar polisi syarikat mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live