Pelakon Shima Anuar berkongsi pengalaman berhadapan anak pertamanya, Marian Sophia yang menunjukkan gejala amukan melampau atau lebih dikenali sebagai tantrum.

Menurut Shima, Sophia sering menangis dan mengamuk meminta pelbagai kemahuan ketika terbangun dari tidur di waktu malam.

"Macam ni lah dia tengah-tengah malam, dia akan terbangun lepas tu menangis mengamuk, tak tahu dia nak apa, kejap nak tidur dalam buai, kejap nak tidur atas katil, kejap nak tidur dalam buai balik, lepas tu atas katil semula.

"Dia boleh menangis meraung dan menjerit dalam satu jam tanpa henti, kadang-kadang dia nak peluk, kadang-kadang taknak pegang langsung," kongsinya di Instagram.

Walaubagaimanapun, Shima menerima perkara itu dengan positif dan menganggap kesabaran adalah kunci utama.

"Serba tak kena, ubat dia satu saja, SABAR. Bertabahlah ibu bapa di luar sana yang ada masalah sama macam ni, diorang akan kembali okay nanti, Insya-Allah," tulisnya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Shima bersimpati dan berkongsi tips berdasarkan pengalaman masing-masing.

Macamni la dia tengah2 malam. Dia akan terbangun pastu nangis mengamuk2. Tak tau dia nak apa. Kejap nak tido dlm buai, kejap nak tido atas katil, kejap nak tido buai balik, pastu nak tido kat katil. Dia boleh nangis meraung2 menjerit dlm sejam non stop! Sometimes dia nak peluk, sometimes taknak org pegang langsung. Serba tak kena. Ubat dia 1 je. SABAR. Haha be strong mommies/daddies yg ada masalah yg sama macamni. Soon diorg akan ok InshaAllah. ♥️ (mommy dah tua nanti, kalau mommy meragam, sophia taknak jaga mommy, siap kau! ?) #tantrumsecondround

A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on


Terdahulu, Shima mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophia dan Mikhael Imaan.