Susulan berita penceraian di antara Aliff Aziz dan Bella Astilah semalam, nampaknya ramai lelaki lain cuba masuk jarum.
Di Twitter, ada beberapa cubaan untuk memberi ‘pick-up line’ pada foto bertudung yang dimuat naik oleh Bella sebelum prosiding mahkamahnya semalam.
Malah, ada yang berani memberikan sekali nombor telefon dan berharap Bella menghubunginya!
“Sabar ye Bella. Ujian ni berat. Mungkin ujian ni datang sebab Tuhan nak bagi Bella 01631147xx kali lagi kebaikan," tulis seorang pengguna Twitter yang bernama @alffm_.
Tweet itu sahaja telah mendapat 20,000 retweet dan 16,000 likes.
Netizen turut sama meyokong usaha jejaka ini yang disifatkan cukup halus.
Menurut jejaka itu lagi, sudah ada tiga wanita yang menelefon dan menghantar pesanan menggunakan WhatsApp tetapi dia tidak pasti adakah salah seorangnya adalah Bella.
Namun ada juga netizen yang turut memberikan komen bahawa Bella tidak akan melayan jejaka itu kerana namanya juga bermula dengan Aliff.
Di samping banyak cubaan mengorat, foto Bella itu turut dibanjiri sokongan dan doa daripada netizen agar dirinya kuat dan diberikan kebahagian.
Ada juga yang menyamakan wajah Bella bertudung mirip dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Semalam, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah sah bercerai talak satu dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Permohonan cerai dibuat oleh Bella selaku plaintif mengikut Seksyen 47 Akta Undang-unang Keluarga Islam 1984.
Azwa Rahman
Fri May 17 2019
“Bapa Terbaik, Meleleh Air Mata..” - Video Fizo Omar Surprise Anak Bikin Netizen Sebak
Sepotong video memaparkan momen manis pelakon, Fizo Omar melawat anak perempuannya, Wan Maryam di sekolah berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Campak Telefon Suami Keluar Kereta Sebab Tak Dilayan, ‘Content’ Pasangan Ini Dikritik Warganet
Setiap gurauan ada hadnya. Dan mungkin luahan seorang pengguna media sosial yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap satu kandungan yang disifatkan sebagai ‘bodoh’.
Dikatakan Sedang Bercinta Dengan Lauren Tsai, Ini Respons Agensi Park Seo Joon
Awesome ENT selaku agensi yang menaungi aktor popular Korea Selatan, Park Seo Joon memberi maklum balas terhadap khabar angin mengenai hubungan cinta aktor mereka dengan Lauren Tsai.
Gugurkan Nama Bapa & Pilih Nama Ibu, Vivienne Jolie Tak Anggap Bratt Pitt Sebagai Ayah
Seorang lagi anak mereka menggugurkan nama Pitt sekaligus tidak mahu dikaitkan dengan aktor tersebut sebagai lelaki yang pernah menjadi bapa mereka.
Netizen Kesal Sikap Ghairah Viral, Selalu Tolong Orang Yang Salah - “Jangan Terlalu Percaya…”
Seorang individu di Facebook meluahkan rasa kekesalan dengan segelintir pihak yang ghairah menularkan sesuatu perkara tanpa sebarang penyelidikan.
TikToker Islamik Dari Indonesia Kantoi Bercumbu Dengan Penyanyi Wanita Di Kelab Malam
Seorang pempengaruh yang cukup popular di Tik Tok sedang menjadi perbualan hangat selepas gambar dirinya bermesra dan bercium dengan wanita di dalam kelab malam tersebar.
Malaysia4Palestin: “Saya Tak boleh Tidur, Menangis…” - Syafinaz Selamat
Penyanyi, Datuk Syafinaz Selamat berkongsi perasaannya mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.
Miliki Bintang Michelin, Pemilik Restoran Masakan Malaysia Di New York Ini Akui Tidak Pernah Kunjungi Malaysia!
Kisah seorang cef asal New Delhi, India iaitu Salil Mehta yang mengusahakan sebuah restoran masakan Melayu di New York, Amerika Syarikat, sehingga meraih pengiktirafan Michelin membuka mata ramai orang.
Pendarahan Fatimah ‘The Family UK’ Berhenti Secara Tiba-Tiba, Keluarga Luah Rasa Syukur
Dengan keajaiban Allah, keadaan personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ difahamkan semakin beransur pulih.
HANG PA LA HANG 2 | Throwback Telemovie Gempak
Udin dan Usop merupakan bekas banduan yang baru saja kembali ke kampung mereka. Mereka dulu sering mencuri sambil menyamar sebagai hantu. Setelah kembali ke kampung, kejadian curi lain terjadi, dan sekali lagi mereka dituduh sebagai pencuri. Mereka berusaha membuktikan kepada orang kampung mereka telah berubah, dan cuba menjejak pencuri sebenar.