HIBURAN
Ummi Nazeera Terima Teguran Dengan Hati Terbuka Fesyen Dikritik – “Saya Cuba Untuk Berubah Jadi Lebih Baik”
Pelakon Ummi Nazeera tampil memberi respons mengenai penampilannya yang dikritik sesetengah warganet ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen jenama Rick Owens di Minggu Fesyen Paris atau PFW di Paris, baru-baru ini.
Terima teguran dengan hati terbuka
Bercakap kepada Gempak, Ummi enggan mengulas lanjut mengenai kritikan tersebut namun memohon maaf dan menerima teguran tersebut dengan hati terbuka.
“Saya tak mahu komen mengenai perkara itu.
“Saya minta maaf sekiranya saya ada mengguris hati sesiapa. Saya selesa saja dengan pakaian tersebut.
“Saya terima apa saja yang orang cakap dengan hati terbuka dan Insya-Allah saya cuba untuk berubah menjadi lebih baik,” ujarnya ketika ditemui.
Minat koleksi mesra muslimah
Ujar pelakon drama Andai Tiada Dia itu mengakui meminati koleksi-koleksi jenama tersebut kerana sesuai digayakan semua termasuk Muslimah.
“Saya memang minat koleksi baju-baju dia. Banyak rekaan yang menutupi seperti tak perlu pakai inner. Saya yang berhijab ini senang nak gayakan.
“Ia satu pengalaman yang baharu, saya tak sempat bertemu dengan Rick kerana saya pulang awal ketika itu tapi abang saya sempat.
“Rick juga ada kirim satu video pada saya meminta saya kembali ke Paris untuk bertemu dengannya,” kongsinya teruja.
Pengalaman hadir acara fesyen ketika berpuasa
Dalam pada itu, Ummi turut berkongsi pengalaman menghadiri acara tersebut ketika bulan Ramadan.
“Sangat memenatkan tapi syukur diberi peluang untuk hadir dan tiada masalah sangat biarpun saya berpuasa juga.
“Tempoh puasa di sana juga tidaklah terlalu lama sangat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Ummi mencuri tumpuan apabila menjadi satu-satunya wanita berhijab yang hadir ke acara pertunjukan fesyen tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera Serikan ‘Paris Fashion Week’, Bangga Jadi Wakil Malaysia & Satu-Satunya Wanita Berhijab Yang Hadir
ARTIKEL BERKAITAN: "Sampai Tahap Saya Rasa Takut Dengan Diri Sendiri" - Watak Suri 'Andai Tiada Dia' Cabar Mental Ummi Nazeera!
ARTIKEL BERKAITAN: Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”
ARTIKEL BERKAITAN: Watak Suri Dalam ‘Andai Tiada Dia’ Penuh Air Mata, Dr Izzar Mohon Lantik Ummi Nazeera Jadi Duta Tisu – “Baik Perempuan Atau Lelaki, Mesti Semua Perlukan Tisu”
Must-Watch Video