Laman Utama

“Umur 13 Tahun Ayah Suruh Pakai Tudung, Kalau Tak…” – Datin Shahida Akui Nakal Zaman Remaja

gempak
Mya Amri
27/01/2021
14:20 MYT
Sponsor Banner
“Umur 13 Tahun Ayah Suruh Pakai Tudung, Kalau Tak…” – Datin Shahida Akui Nakal Zaman Remaja
Isteri jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid akui nakal sewaktu zaman remajanya.
Shahida berkongsi kenangan tersebut menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya.
Menceritakan momen lucu pada zaman itu, Shahida memaklumkan bapanya meminta dia memakai hijab sejak berumur 13 tahun.
Kongsi Shahida lagi, sekiranya gagal melakukan perkara itu dia akan dihukum oleh bapa kesayanganya.
“Orang paling penting dalam kehidupan saya... Dulu masa saya kecil ayah saya garang mak saya sporting.
“Masa umur saya 13 tahun ayah saya suruh pakai tudung, dia kata kalau tak pakai tudung tak boleh keluar rumah!!!
“Sudahnya saya memang pakai tudung,tapi bila dah keluar ayah saya dah hilang dari pandangan, saya pun buka tudung,nak sampai rumah pakai tudung balik. Nakal sungguh saya,” coretnya.
Sebelum ini, Shahida juga pernah mengimbau kenangan sewaktu zaman persekolahnnya.
BACA: “Kalau Nak Mengelinjang Sebelum Subuh Dah Celik Mata” – Datin Shahida
Shahida dan Aliff telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024