Pelakon Korea Gong Yoo mendedahkan sebab masih lagi belum berkahwin walaupun usia sudah mencecah 41 tahun.

Menurut Gong Yoo, buat masa ini dia lebih selesa memberikan tumpuan kepada kerjayanya terlebih dahulu.

“Secara jujurnya saya tidak terfikir sama ada saya tidak akan mendirikan rumahtangga atau sebaliknya.

“Cuma saya merasakan saya sudah terlepas waktu yang terbaik untuk mengakhiri zaman bujang,” katanya.

Gong Yoo menjawab pertanyaan yang diajukan oleh pelakon, Yoon Eun Hye menerusi dokumentari terbitan MBC, berjudul Coffee Prince Special of Youth Documentary yang bersiaran baru-baru ini.

Bagaimanapun Eun Hye juga turut menjawab soalan yang diajukan Gong Yoo berkenaan perkahwinan.

“Saya mempunyai keinginan untuk bekerja keras semampunya dalam bidang seni sebelum saya memikirkan tentang perkahwinan.

“Saya mahu menghabiskan masa dengan bekerja terlebh dahulu,” jawabnya.

Terdahulu, Gong Yoo dan Eun Hye merupakan pelakon utama dalam drama terkenal Coffee Prince pada tahun 2007.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai K-Drama dan dunia hiburan Korea, layari GEMPAK CHINGU

Sumber: Soompi