Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mendedahkan dirinya pernah diberikan petunjuk bahawa suaminya, Raja Syahiran merupakan jodoh yang tepat untuknya.
Kongsi Uyaina menerusi sesi soal jawab bersama peminat di Instagram Stories baru-baru ini, dalam mimpi tersebut penyanyi itu datang mendekatinya sambil memegang sebentuk cincin.
"Saya bersyukur sebab saya pernah dapat petanda dalam bentuk mimpi yang sangat jelas. Alhamdullilah. Dalam mimpi itu, Syahiran datang dan pegang cincin.
"Itu sahaja. Tiada perbualan. Pendek sahaja mimpinya. Tapi cukup. Cukup untuk beri saya kekuatan untuk melangkah ke fasa yang seterusnya," katanya.
Dalam pada itu, Uyaina akui dirinya pernah takut memikirkan mengenai perkahwinan sebelum ini selepas beberapa kali gagal dalam percintaan.
Namun, keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu menjadi kayu ukuran dalam menentukan hala tuju hubungan.
"Bagus soalan ni. Dulu, saya pun selalu tertanya solan yang sama. Saya sangat takut mengenai perkahwinan dan segala hal yang datang dengannya.
"Macam mana kita nak tahu dia adalah yang tepat? Terutama kalau sebelum-sebelum ini, kita pernah lalui beberapa kegagalan dalam hubungan. Buat sahabat wanita saya, tengok keikhlasan dan kesungguhan lelaki itu," katanya.
Selain itu, tambah Uyaina lagi, kedua-dua belah pihak perlu berbincang tentang masa depan termasuklah soal kewangan dan mendapatkan restu daripada ibu bapa.
"Bincang mengenai perancangan masa depan, kestabilan kewangan, kemajuan karier, dan apa yang kamu berdua inginkan dalam perhubungan.
"Gelombang pemikiran kamu sama atau tak? Banyak benda boleh sembang dan bincang selain 'you sayang I' tak. Kemudian, bincang dengan keluarga. Restu keluarga adalah segalanya," ujarnya.
Uyaina dan Syahiran telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Raja Syahiran, 29, pada 21 Disember tahun lalu.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan majlis merisik telah berlangsung pada bulan Julai 2019.
Majlis merisik juga dilakukan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat Syahiran dan Uyaina.
Amri Hassan
Mon Jan 17 2022

.jpg?ext=.jpg)
"Sumpah This Is Not Gimik, Ini Real" - Muka Aliff Syukri Kena Cakar, Staff Menggelupur Kena Rasuk Hantu?
Seram! Betul ker ni?

Pilihan Isnin: Aubrey Suwito Dituduh Perli Tok Ti, Isteri Caprice Kena Kacau & Keluang Man Bakal Difilemkan
Boleh tahan ya cerita Isnin ni.

Travis Pakai Jubah Hitam, Kourtney Pula Tak Senonoh, Sehari Sebelum Kahwin Netizen Kata Pasangan Ini 'Malapetaka'?
Cantik tak?

Ditonton 530 Juta Kali, Anjing V BTS Jadi Haiwan Paling Popular Di TikTok
V diketahui mula memelihara anjing yang diberi nama Yeontan pada tahun 2017.

Julia's Secret Recipe | Episod 1
Julia berhenti kerja dan jadi pembantu Bunga di kedainya. Julia tak minat jaga bunga dan kuasa viral menyebabkan hashtag 'BungaIsCancelled' trending di sosial media. Adakah Julia akan minta maaf kepada Bunga dan menebus kesalahannya? Jom saksikan video penuh sekarang.

Dua Tahun Kematian Ashraf Sinclair, Bunga Citra Lestari Sudah Ikhlas & ‘On The Way’ Bahagia
Penyanyi Bunga Citra Lestari (BCL) kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas suami tercinta, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

DONT LAUGH SCHOOL - RANI KULUP
Kita ada tetamu istimewa dalam Dont Laugh kalini! Korang rasa korang kenal siapa? Haaa! Jom kita tengok Dont Laugh bersama dengan host kita Iseey dan tetamu jemputan yang pasti akan buat korang gelak tak kering gusi!

Jaja Ishak Bangga Filem The Assistant Bertaraf Antarabangsa! - "Lama Tak Tengok Filem Aksi Lokal Macam Ni"
Ramai puji filem The Assistant!

Tangan Kiri Fareez Fauzi Patah, Tergelincir Ketika Ke Bilik Air
Malang tidak berbau, semoga cepat sembuh Fareez.

Sambut Ulang Tahun Perkahwinan, Athisha Khan Hadiahkan Bulan Madu Di Villa Mewah Untuk Noor Kartini
Happy wedding anniversary Datuk dan Datin.