Laman Utama

Vaksin COVID-19 Rusia Bakal Diedarkan Tidak Lama Lagi? Ini Senarai Negara Yang Bakal Menerimanya

gempak
Hanafis Haris
18/08/2020
12:05 MYT
Sponsor Banner
Vaksin COVID-19 Rusia Bakal Diedarkan Tidak Lama Lagi? Ini Senarai Negara Yang Bakal Menerimanya

Vaksin keluaran Rusia nampak gayanya bakal diedarkan tidak lama lagi selepas ia didaftarkan sebagai vaksin COVID-19 pertama di dunia.

Walaubagaimanapun, ramai yang masih tertanya-tanya negara manakah yang bakal menerimanya terlebih dahulu.

Terbaru, kerajaan Rusia dikatakan bakal mengedarkan vaksin dikenali sebagai Sputnik V itu kepada negara ‘Negara Komanwel Negara-Negara Merdeka’ (CIS), BRICS dan negara sahabat yang lain.

Perkara itu didedah oleh Profesor Ruslan Abramov dari Universiti Ekonomi Plekhanov Rusia.

“Keutamaan mungkin diberikan kepada negara antaranya CIS, China, India, Brazil, Serbia dan negara Eropah timur yang lain.

“Pada masa sama, Rusia mungkin terlebih dahulu akan memenuhi keperluannya sendiri.

"Ada beberapa alasan untuk itu. Pertama, kita harus benar-benar memastikan vaksin itu selamat dan berkesan dalam jangka panjang.

“Kemudiannya, ia harus memenuhi permintaan di pasaran domestik. Hanya selepas itu kita boleh membincangkan mengenai aspek komersial," jelasnya.

Menurut Abramov, dunia kini menyaksikan fasa baharu 'perlumbaan vaksin' dan Rusia terus berada di hadapan.

Difahamkan sehingga Rusia sehingga kini telah menerima permintaan awal untuk satu bilion dos vaksin daripada lebih 20 negara.

BACA: “Kemenangan Buat Manusia” - Rusia Akhirnya Berjaya Hasilkan Vaksin COVID-19! Bakal Dipasarkan Pada…

Sementara itu, Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum ini menyatakan mahu melakukan kajian terhadap vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Rusia terlebih dahulu sebelum mengesyorkan penggunaannya di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, setakat ini kementerian berkenaan hanya mengetahui mengenai vaksin baru itu melalui laporan media.

Dr Noor Hisham juga berkata belum ada sebarang penerbitan mengenai penyelidikan vaksin tersebut.

"Telah diumum penemuan vaksin tersebut tetapi KKM masih belum menerima sebarang data penyelidikan vaksin tersebut,” katanya.

Sumber: Bernama, Sinar Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live