Laman Utama

[VIDEO] 4 Peserta Dewi Remaja 2022 ‘Dibahan’ Netizen Sebab Tak Tahu Jawab Soalan Tentang Politik Negara

gempak
Izwan Isa
25/08/2022
22:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] 4 Peserta Dewi Remaja 2022 ‘Dibahan’ Netizen Sebab Tak Tahu Jawab Soalan Tentang Politik Negara
Masihkah anda ingat pada kisah bekas peserta Dewi Remaja, Mawar Rashid yang gagal menjawab soalan mengenai GST suatu ketika dahulu? Seperti deja vu, hal yang sama turut berlaku pada peserta-peserta Dewi Remaja 2022.
Menerusi satu petikan video yang dimuat naik oleh Sinar Harian di media sosial, empat peserta Dewi Remaja 2022, Noor Alyssa Ahmad Azmi, 20, Keeranjit Kaur A/P Daljit Singh, 25, Siti Nur Aishah Bee Md Nor, 22 dan Zafira Natasya Yong, 21 disoal mengenai politik negara.
BACA: "Saya Bukan Perempuan Bodoh" - Pernah Lalui Episod Hitam Kerana Isu GST, Mawar Rashid Kini Lebih Positif
Menerusi soalan yang diajukan, keempat-empat gadis itu diminta untuk menamakan tiga parti politik pembangkang dan tiga parti komponen dalam Kerajaan Persekutuan. "Muda, Pas dan Pakatan Harapan," respons Alyssa.
"Perikatan Nasional, Bersatu dan Pas. Saya ada baca tentang ini," peserta seterusnya, Keeranjit Kaur mencelah.
Begitupun, masing-masing dilihat kurang pasti dengan jawapan yang diberikan.
Meninjau ruangan komen di Twitter, ramai yang kelihatan ‘geli-hati’ terhadap jawapan-jawapan yang diberikan oleh mereka.
“Macam mana la yang muda-muda ni nak jadi pelapis kalau basic knowledge pun tak ambil tahu.”
“Ini ke orang yang bakal layak mengundi nanti? Gelap masa depan budak-budang, senang kena pusing dengan orang lain.”
Pertandingan Dewi Remaja 2022 menampilkan 16 peserta antara umur 18 hingga 25 tahun berentap bagi merebut gelaran juara.
Ia sedang ditayangkan menerusi saluran Astro Ria sejak 16 Julai lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live