Personaliti media sosial Hafiz Mahamad menerima kecaman daripada netizen gara-gara memuat naik sebuah video yang melibatkan tiga orang barisan petugas hadapan (frontliners).

Rakaman video yang dikongsi di Instagram (IG) itu menunjukkan lima alasan rentas negeri yang akan digunakan oleh individu agar dapat pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidilfitri.

"Alasan "Rentas Negeri" nombor berapa paling sakit hati dalam video ni? Tahun ni pasti banyak alasan pelik-pelik orang nak rentas negeri balik raya.

"Macam mana la kita semua tahun ni ya, semua rindu nak balik kampung kan? Bukan kita je, frontliner pun semua rindu kampung. Sabar tau sahabat semua!" tulisnya sebagai kapsyen.

Bagaimanapun, kandungan video tersebut telah mencetus ketidakpuasan hati dalam kalangan penonton kerana cara penyampaian mesej yang cuba disampaikan telah melibatkan pihak berkuasa.

Malah, suami kepada usahawan Syafiqah Aina ini turut kelihatan tidak memakai pelitup separuh muka ketika melakukan penggambaran tersebut.Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa untuk membuat siasatan bagi membongkar kebenaran.





Terdahulu, Hafiz pernah mengundang pelbagai respon negatif apabila merakam perjalanan pengebumian sahabatnya yang telah meninggal dunia pada Disember lalu.

BACA: "Allah Tahu Niat Saya" - Dikecam Rakam Member Macam Video Percutian, Hafiz Mahamad Tampil Bersuara!