Pelbagai cara digunakan oleh guru-guru untuk memberi inspirasi kepada pelajar mereka bagi mencapai kejayaan pada hari mendatang.

BERITA TRENDING: Netizen Seriau Tengok Pelajar Sekolah Rendah Zaman Sekarang ‘Crush’ Dekat Cikgu… Siap Confess! – “Saya Suka…

Tidak terkecuali, seorang guru dan pempengaruh, Mohd Fadli Salleh yang berkongsi rakaman video tiba ke sekolah dengan memandu kereta jenis Lamborghini pada hari persaraannya.

Menerusi platform Facebook, Cikgu Fadli berkata, tujuan dia membawa kenderaan mewah itu ke sekolah adalah bertujuan untuk membolehkan para pelajarnya memasang impian besar sedari bangku sekolah lagi.


Meninjau ruangan komen, ramai yang menzahirkan pujian terhadap Cikgu Fadli. Ada juga yang turut berasa teruja dan memasang impian untuk memiliki Lamborghini seperti Cikgu Fadli.

Terdahulu, Cikgu Fadli mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan bakal bersara lebih awal.

Untuk rekod, pada 2022, Cikgu Fadli didakwa dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang kerja kerana menyuarakan isu berkaitan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, waktu belajar dan bilangan murid dalam kelas.

BERITA TRENDING: Hati-Hati! Guru Jadikan Murid Sebagai Kandungan Media Sosial Bakal Berdepan…