Isteri kepada pelakon, Datuk Aaron Aziz, Datin Diyana Halik berkongsi resipi kuetiau goreng yang tular selepas suaminya memaklumkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof menambah hidangan itu sebanyak dua kali ketika dia berkunjung ke rumah mereka sebelum ini.

Diyana menerusi satu sesi siaran langsung menyenaraikan bahan-bahan yang digunakan dalam masakannya selepas orang ramai meminta dan ingin mencuba resipi berkenaan.

“Kuetiau itu biasa sahaja lah, pakai cili serbaguna jenama Sufi, sos tomato dan cili, letak sos tiram sikit, lepas itu letak makanan laut dan kicap jenama ABC, itu je,” katanya.

Siaran langsung berkenaan turut dirakam dan dimuat naik semula oleh seorang pengguna di laman YouTube.

Terdahulu, Diyana turut terkilan berhubung konflik yang berlaku antara suaminya dan Syamsul selepas nama suaminya digugurkan daripada membintangi filem Original Gangster.

Sementara itu, Aaron menerusi satu hantaran video di laman Instagram mendedahkan hal sebenar yang terjadi antara dia dan pengarah filem Munafik itu.

BACA: [Video] Pegang Al-Quran, Aaron Aziz Dedah Cerita Sebenar Isu Dengan Syamsul Yusof - “Bila Kau Tak Nak, Kau Buang Aku…”

Isu berkenaan timbul disebabkan Syamsul sebelum ini memaklumkan bahawa nama Aaron digugurkan atas beberapa faktor antaranya usia, saiz fizikal dan masalah kesihatan yang dialami iaitu slip disc.

Pun begitu, Syamsul baru-baru ini memaklumkan dia akan bertanggungjawab sepenuhnya atas masalah yang timbul bersama aktor kelahiran Singapura itu.