Selepas tiga tahun membeli rumah pertama, pelakon cantik Daiyan Trisha berjaya memiliki kediaman keduanya iaitu unit rumah teres dua tingkat.
Kediaman berkonsepkan minimalis itu kata Daiyan rumah terbabit sangat menepati dengan karakter dan jiwanya.
"Apabila saya membawa keluarga dan kawan-kawan rapat ke rumah ini atau menunjukkan gambarnya, mereka kata satu perkara 'rumah ini sangatlah kamu'.
"Dan yang lucunya, saya pun rasakan hal yang sama. Pertama kali saya melangkah masuk ke dalam rumah ini, saya rasa ia 'jodoh' saya.
"Seperti ia memang sedang menunggu saya," kata Daiyan yang akan berkongsi keseluruhan rumah itu apabila sudah berpindah kelak.