Laman Utama

[VIDEO] Nad Zainal Minta Nasihat Nurul Izzah Cara Hadapi Kecaman - “Untuk Mereka Yang Dikecam & Mengecam…”

gempak
Asyikin Mayudin
17/04/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Nad Zainal Minta Nasihat Nurul Izzah Cara Hadapi Kecaman - “Untuk Mereka Yang Dikecam & Mengecam…”
Menerima pelbagai kecaman, pelakon Nad Zainal sempat meminta nasihat daripada anak kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Nad, Nurul Izzah berkata setiap manusia perlulah mempunyai sikap empati dan berhenti melakukan sesuatu perkara yang boleh menyakiti orang lain.
“Kita semua akan alami kekecewaan, mungkin kecaman. Pertama, ambil sikap berempati dan jangan mudah lemparkan serangan.
“Kita juga harus memahami ada ruang yang boleh diguna pakai untuk melindungi diri kita terutama apabila terdapat individu melemparkan kecaman dengan cara yang boleh diterima,” katanya.
Nurul Izzah yang juga ahli politik itu memberitahu kesihatan mental perlu diutamakan dan mengambil tindakan memadan komen negatif juga adalah salah satu cara untuk melindungi diri.
“Pertama ialah sayang, lindungi diri, menjaga keadaan dan kesihatan mental sendiri. Walaupun kita bermuhasabah, tidak bermaksud sesiapa sahaja boleh lemparkan kata-kata kesat.
“Ini peringatan pada akhir Ramadan, jaga kesihatan mental. Untuk mereka yang dikecam dan mengecam, letaklah satu jarak untuk melindungi diri.
“Padam (komen negatif) sahajalah jika perlu. Sehari ada 24 jam sahaja dan pilihlah memori dan ingatan yang indah,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Nad dan suaminya aktor Ungku Ismail dikritik netizen apabila dia didakwa bersikap sombong dengan tidak memberi senyuman ketika ditegur peminat.
Bagaimanapun Nad menjelaskan ia adalah isu salah tanggapan segelintir pihak yang mungkin tidak berpuas hati kerana dia tidak sempat memberi layanan secara adil.
BACA: "Aku Rasa Bibir Aku Dah Keras Senyum"- Dikecam 'Kekwat' Nad Zainal Tampil Jelaskan Situasi Sebenar
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live