Sejak dahulu lagi, peminat akan berusaha untuk mendapatkan sebarang memento daripada selebriti yang ditemui.

Baik dari segi gambar mahupun rakaman video, momento itu yang akan menjadi kenang-kenang sehingga bila-bila.

Lain pula kisahnya dengan seorang peminat cilik yang membawa sekeping gambar ‘lama’ milik Aina Abdul.

Menerusi sebuah sesi bertemu peminat, Aina dilihat terkejut apabila peminat itu menyuakan gambar berkenaan untuk ditandatangan.

Untuk rekod, gambar yang dibawa untuk ditandatangan oleh Aina merupakan tangkap layar daripada drama bersiri lakonannya berjudul Seindah Takdir Cinta.

Drama yang merupakan drama pertama dan terakhir lakonannya itu membariskan pelakon lain seperti Amyra Rosli dan Saharul Ridzwan.