Pelakon Sharnaaz Ahmad dilihat menghabiskan masa bersama anak lelakinya, Jebat Jaydean sebaik dibebaskan daripada tahanan reman tiga hari, semalam.
Menerusi potongan video hitam putih yang dikemas kininya, bapa berusia 30 tahun itu mendukung Jebat yang begitu manja dan selesa dalam pelukan Sharnaaz.
Malah dapat dilihat ada pada ketikanya, Sharnaaz kelihatan sedikit sebak sewaktu berpelukan dengan Jebat.
Dia kemudian menggambarkan perasaan dan keadaannya selepas terpaksa melalui episod kurang menyenangkan tersebut dengan menulis: “I’m okay, Insya Allah.”
Bersama tulisan yang sama, Sharnaaz juga menulis: “Baba sayang kamu (Jebat), sangat banyak.”
Viral
[VIDEO] Peluk Erat Jebat & Sedih ‘Berpisah’ Dengan Polis, Sharnaaz Ahmad Luah: “I’m Okay”