Umum mengetahui lagu Casablanca nyanyian Nuha Bahrain dan Naufal Azrin cukup digemari khususnya dalam kalangan pengguna media sosial TikTok.

Tidak hanya di platform itu, lagu ciptaan Daqmie itu juga turut meraih perhatian pengguna Youtube, sehingga meraih 18.2 juta tontonan sejak dilancarkan pada 4 Jun lalu.

Sungguhpun lagu berkenaan mekar dalam kotak fikiran ramai orang, tapi lain pula ceritanya dengan suasana persembahan selingan Nuha dan Naufal di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW22) baru-baru ini.

Menerusi sepotong video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, Nuha dan Naufal dilihat bersungguh-sungguh ketika membuat persembahan.

@iamhelmihaikall Kecik molek orgnya #klfw2022 #KLFW22 ♬ CASABLANCA - Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Namun, persembahan mereka berdua disambut hambar tanpa sebarang reaksi daripada penonton.



“I feel sorry for them because everyone seems to be don’t care about them.”

“Kenapa semua orang macam tak wujud?”

“Kenapa semua orang macam ‘apa ni’?”

“Kenapa semua orang macam ignore dia?”

“Macam buat persembahan syok sendiri je.”

“Crowd tak sporting langsung.”

“They nailed the live performance but the crowd wasn't that interested and busy with their phone.”