Hiburan

Video Prank Bergaduh Sebelum Sambut Hari Jadi Tular, Fasilitator UiTM Segamat Tampil Mohon Maaf

gempak
Ernalisa
04/10/2024
06:49 MYT
Sponsor Banner
Video Prank Bergaduh Sebelum Sambut Hari Jadi Tular, Fasilitator UiTM Segamat Tampil Mohon Maaf
Selepas tular video prank bergaduh di hadapan pelajar baharu dalam sesi orientasi baru-baru ini, fasilitator Universiti Teknologi Mara Segamat tampil membuat permohonan maaf.

Mengaku silap

Menerusi video ucapannya, fasilitator lelaki yang dikenali sebagai Aiman mengakui kesilapan terhadap kandungan video yang dianggap kurang sesuai itu.
“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf dan mengakui kesilapan saya. Saya rasa kandungan video itu memang tidak sesuai.
“Apa pun, saya perlu menerima bahawa kesilapan itu tidak dapat dielakkan,” katanya.

BERITA TRENDING: Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

BERITA TRENDING: Video Gadis Terpaksa Rakam Diri Sendiri Dirogol Bapa Kandung Cetus Kemarahan Netizen - “Bayangkan Trauma Dia Sampai…”

BERITA TRENDING: Kes Rogol: Da'i Syed Dijel 10 Tahun, Tiga Sebatan

BERITA TRENDING: Dalam Keadaan Tenang, Ini Respons Fazura Mengenai
Akuinya lagi, tindakan membuat prank pada sesi orientasi pelajar baharu itu sedikit sebanyak telah mencalarkan imej Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta universitinya.
“Sekali lagi, saya mohon maaf kepada semua kerana mencemarkan nama baik kita.
“Saya juga berharap universiti ini menjadi kenangan buat kita semua, dan semoga kesilapan ini menjadi pengajaran untuk semua.
"Walau saya tahu ada antara kita tersilap memviralkan video itu, saya harapkan kita ini satu keluarga. Saya buat silap, dia buat silap, antara kita pun ada kesilapan, saya harap mulai hari ini kita memaafkan satu sama lain," tambahnya.
Selasa lalu, tular di media sosial apabila fasilitator universiti berkenaan mendapat kritikan hebat di media sosial gara-gara sepotong video prank bergaduh untuk meraikan hari jadi rakan mereka ketika minggu suai kenal pelajar baharu.
Menurut fasilitator tersebut, mereka terpaksa mengorbankan hari cuti untuk menjayakan hari orientasi itu, tetapi situasi menjadi tegang apabila berlaku pergaduhan antara fasilitator.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024