Usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad membuat kejutan kepada gurunya iaitu Cikgu Linda dengan menghadiahkan tiket umrah.

Menurut Hafiz, hadiah itu diberikan sebagai tanda penghargaan buat Cikgu Linda yang telah mendidiknya dengan penuh sabar ketika masih bersekolah.

“Saya nak hadiahkan satu tiket umrah kepada insan ini. Saya terhutang budi dengan dia. Saya malu dengan cikgu cikgu saya.

“Saya nakal dulu. Izinkahlah saya budak nakal ini datang balik ke sekolah ini untuk gembirakan awak. Cikgu saya tak tahu saya nak hadiahkan ini.

“Tengoklah reaksi dia. Ya Allah gembira sangat. Di sini saya ada kejutan, saya rasa saya bertanggungjawab untuk beri balik.

“Apa saya ada, apa pencapaian saya kepada guru saya balik. Hujung tahun ini atau awal tahun depan, saya nak bawa cikgu Linda ke bumi Allah untuk menunaikan umrah,” ujar Hafiz.

Pengumuman itu di sambut dengan wajah terkejut cikgu Linda sebelum dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Hafiz.

Dalam pada itu, Hafiz berkata jada dan pengorbanan seorang guru terhadap para pelajarnya memang tidak terbalas.

“Sungguh tidak terbalas jasa jasa cikgu dekat saya. Saya bukan pelajar yang baik, saya bukan ahli perniagaan yang baik.

“Tetapi saya hanyalah seorang lelaki yang hanya menumpang rezeki isteri,” ujarnya.

Untuk info, Hafiz dinobatkan sebagai pemenang utama Gempak Most Wanted Awards 2022 (GMWA2022) pada 26 Februari 2023.

Selain itu Hafiz juga turut menggondol anugerah Digital Influencer Tergempak GMWA2022 dengan jumlah undian sebanyak 125,288.

Sama-sama kita tonton video penuh kejutan Hafiz untuk Cikgu Linda di bawah:

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)