Perkongsian video memperlihatkan pelawak Shuk Sahar bertemu dengan dua orang perempuannya di Sabah mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen di laman sosial.

Menerusi video itu kelihatan anak perempuan bongsu Shuk iaitu Nur Assyifatu Aimi yang menangis kerana tidak mahu berjauhan dengan dengannya.

Apa yang lebih menyentuh hati apabila Aimi turut meluahkan hasrat ingin terus bermanja dengan Shuk sekiranya pelawak itu terus ada di sisinya.

"Tapi adik nak tidur dengan ayah... adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah," luah Aimi.

Pada perkongsian yang sama, Shuk juga dilihat memujuk anak-anaknya dengan membawa mereka berjalan serta membeli beberapa makanan ringan sebelum berpisah.

Bagaimanapun Aimi terus menangis sebaik sahaja menyedari Shuk akan meninggalkan dirinya.

"Ayah balik dulu. Jumpa lagi Ain dan Aimy. Jaga diri elok-elok ayah sayang Ain dengan Aimy," katanya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan berharap agar rezeki pelawak itu mencurah-curah agar dapat menjenguk anak-anaknya di Sabah dengan kerap.

“Sedih... anak-anak tidak berdosa. Moga Allah tautkan kembali kebahagiaan keluarga ini. Kadang Allah pisahkan sebentar untuk mengajar erti kehilangan, muhasabah dan lebih menghargai insan tersayang.

“Fikirlah yang terbaik Shuk. Tak kesian ke tengok anak-anak duk sebut nak Ayah. Anak-anak anugerah daripada Tuhan. Semoga tuhan permudahkan semua urusan Shuk.

“Alhamdulillah… walaupun dah tak bersama, Shuk tetap jalan tanggungjawab dia dekat anak-anak dia. Seronok tengok macam ni. Semoga segala urusan dipermudahkan ye Shuk,” komen beberapa netizen.

Difahamkan, anak-anak Shuk menetap di Sabah bersama bekas isterinya iaitu Rossa Sera manakala Shuk pula di semenanjung selepas pasangan berkenaan sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)