Laman Utama
VIDEO: Tanggal 31 Ogos Versi Hoondo Tular, Menyanyi Acapella Siap Bertanjak
Pasangan duo Korea dan juga bintang Big Stage 5, Hoondo menjadi tular di TikTok kerana menyanyikan lagu popular berjudul Tanggal 31 Ogos.
Bukan biasa-biasa, Hoondo menyampaikan lagu nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad itu dalam versi mereka sendiri.
Lebih istimewa lagi, Hoondoo menerusi kapsyen di TikTok memaklumkan lagu tersebut dinyanyikan khas versi acapella bersempena dengan Hari Kebangsaan ke 66 yang disambut oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Pada 31 Ogos, sempena Hari Kemerdekaan Malaysia, saya membuat video pendek dengan versi acapella Tanggal 31 Ogos Sudirman,” maklum mereka.
@utusantvofficial Sempena bulan Kemerdekaan ?. Layan dulu versi Cappella. #hoondoo #korea #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp #merdeka #31ogos ♬ original sound - UtusanTV
Menariknya lagi, kedua-dua Hoon dan Doo siap bertanjak sebagai tanda menghormati pahlawan negara ini.
Sementara itu di ruangan komen rata-rata netizen memberikan reaksi positif dan menyukai versi acapella itu.
“Terima kasih Hoondoo kerana menyanyikan lagu Merdeka kami, nice,” - Leeya Omar.
“Mamat Korea ni nyanyi lagu Merdeka bestnya. Versi acapella pula tu,” - ojang90
“Terima kasih Hoondoo, meremang bulu roma dengar,” - mr azam rizqi
“Tak sangka ada orang luar negara suka lagu Malaysia, terima kasih Hoondoo, memang terbaik,” - Kamal Sabah
Sehingga kini, video tular itersebut telah menerima sebanyak 2.3 juta tontonan dan lebih 7,000 komen.
Terdahulu, pasangan duo dari Korea Selatan ini sangat terkenal dengan lagu-lagu cover Bahasa Melayu di Malaysia.
Antara lagu yang pernah dinyanyikan adalah Kesetiaan (Siti Sarah), Hutang (Floor88), Gundah (Ernie Zakri), dan Cindai nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Untuk pengetahuan, Hoondoo juga dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat Big Stage 5.
Must-Watch Video