Laman Utama
[VIDEO] TikToker Mek Yun Berdepan Detik Cemas Diekori Lelaki Warga Asing - “Sebelum Ini Sudah Lima Kali Kena…”
Baru-baru ini kecoh di laman sosial mengenai jurugambar wanita Acacia Diana mendedahkan dia diekori dan diganggu oleh seorang peminat ‘fanatik’ sejak 2016 sehingga kini.
Terbaharu, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Mek Yun pula berkongsi detik cemas apabila dia dan ibunya mendakwa diekori seorang lelaki warga asing di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok miliknya, Mek Yun Mek Yun atau nama sebenar Wee Yun Nee berkata dia mula berasa tidak sedap hati apabila melihat gerak-geri lelaki berkenaan amat mencurigakan.
"Lelaki menyeramkan tu ikut kami. Kami dah masuk tiga buah kedai dan dia masuk semua kedai. Dia macam acah-acah tengok barang tapi sebenarnya dia tengah ikuti kami," katanya.
Takut dengan situasi tersebut, ibu kepada Mek Yun memanggil pengawal keselamata namun, lelaki berkenaan melarikan diri sehingga tidak lagi dapat dikesan sejurus menyedari gelagatnya dirakam.
"Kenapa dengan sesetengah lelaki zaman sekarang ni? Tak boleh ke anda biarkan kami kaum wanita berjalan dengan tenang dan jangan jadi lelaki yang menakutkan?
"Sebelum lelaki ni lari dia berani datang dekat-dekat dan saya hampir nak bersemuka dengan dia. Ibu saya nak panggil pengawal keselamatan tapi bila dia nampak je saya tengah rakam muka, dia terus pusing semula dan blah laju-laju," ujarnya lagi.
Bukanlah kali pertama berdepan situasi diekori lelaki tidak dikenali, Mek Yun turut menasihati golongan wanita agar segera melaporkan kepada pihak berwajib jika berdepan situasi sama.
"Saya sendiri sebelum ni sudah lima kali kena macam ni. Tolong berhati-hati ye para wanita. Dapatkan bantuan terus sekiranya anda alami perkara macam ni sendirian.
"Kalau nak berdepan (dengan suspek), pastikan anda berada di tempat awam atau berdekatan dengan pengawal keselamatan," katanya lagi.
@mekyunnnn
What is wrong with certain men nowadays?! Can’t you let us women walk in peace and not be a creep?! Sebelum mamat creepy ni lari, dia berani datang dekat-dekat and Mekyun hampir nak confront dia and Mok nak panggil security guard tapi bila dia nampak je Mekyun tengah record muka dia, dia terus pusing balik and jalan belah laju-laju!!! Ni kali kedua Mekyun & Mok kena follow macam ni, both by foreigners. And Mekyun alone, dah kena follow 5 kali before this!!! Please be careful ladies, get help right away if you ever experience this alone!! And kalau nak confront, make sure you confront these creeps in public or near the security guard!! ??♬ original sound - Mekyun
Must-Watch Video