Bekas isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera baru-baru ini tular di media sosial selepas satu video wanita mirip seakan-akan wajahnya dilihat mesra dengan seorang lelaki.

Free Hair & Dicium Lelaki

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh akaun Instagram @rs92.jr, wanita itu dilihat tidak mengenakan hijab dan hanya memakai topi.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila lelaki di dalam video tersebut dapat dilihat memeluk dan mencium wanita berkenaan dengan berlatar belakangkan lagu Saat Bahagia yang dinyanyikan oleh Ippo Hafiz.

A post shared by IMPOSTER'S' (@rs92.jr)

Rossa Sahkan Identiti

Susulan penularan video itu, Rossa Sera menerusi Instagram Stories mengesahkan bahawa wanita di dalam video berkenaan adalah dirinya namun perkara itu telah lama berlaku.

Terdahulu, Rossa Sera didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang.

Menerusi pendedahan yang dibuat, individu terbabit mendakwa hubungan tersebut masih terjalin meskipun isterinya sudah menggesa Rossa Sera untuk berhenti mengganggu rumah tangganya.

Lebih parah lagi, isteri kepada lelaki tersebut pula dikatakan sedang sibuk menguruskan hal perceraiannya susulan kejadian tersebut.

Untuk rekod, Rossa Sera dan Shuk Sahar berkahwin pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 6.

Namun, mereka disahkan bercerai pada 22 Mac tahun lalu.

BERITA TRENDING: Individu Dakwa Rossa Sera Punca Keluarga Wanita Porak-Peranda, Naik Turun Mahkamah Untuk Cerai - "Sekarang Dia Block ..."

BERITA TRENDING: Rossa Sera Didakwa Jadi Penyondol Suami Orang? Fara Salleh Pula Nafi Jadi Dalang? Netizen Gesa Beri Penjelasan!