Laman Utama

[VIDEO] Will Smith Minta Maaf Lepas Lima Bulan Insiden Tampar, Chris Rock Tak Mahu Jawab Panggilan

Maliah Surip
31/07/2022
07:25 MYT
Video aktor Will Smith membuat pengakuan dan menyesal kerana telah menampar Chris Rock di Academy Awards pada Mac lalu sedang menjadi perhatian masyarakat media sosial.
Dalam pengakuan yang dibuat, Smith yang duduk tenang mengakui tindakan kurang bijak itu sebuah perbuatan yang tidak dapat diterima.
Seperti diketahui, aktor Men In Black itu menampar Chris Rock selepas hos tersebut disifatkan mempersenda masalah botak yang dialami isterinya, Jada Smith.
Berasa tersinggung, Smith telah naik ke atas pentas anugerah tersebut sebelum menampar muka Chris yang terkejut dengan disaksikan secara langsung di seluruh dunia.
“Kenapa saya tidak minta maaf pada waktu atau selepas kejadian? Saya sendiri terpaku. Kerana saya rasa semuanya tidak jelas,” akui Smith menerusi video yang disiarkan kebanyakan media antarabangsa.
Smith kemudian menambah dia telah berusaha meminta maaf kepada rakan sekerjanya itu dengan menghubungi menerusi telefon.
“Saya ada hubungi Chris selepas kejadian, ingin bercakap dan meminta maaf.
“Tetapi dia tidak bersedia dan memerlukan waktu untuk bercakap dengan saya mengenai kejadian tersebut.
“Katanya dia akan menghubungi aku jika dirinya sedia bercakap,” akui Smith.
Kini setelah lima bulan peristiwa itu, Smith meminta maaf lewat pesanan video yang juga boleh ditonton oleh semua orang di serata dunia.
“Chris saya minta maaf.
“Saya di sini menanti jika anda akan menghubungi saya kelak,” katanya dengan penuh kekesalan.
Bintang itu juga mengaku pada saat melakukan perbuatan tersebut dia tidak terfikir mengenai orang sekeliling yang juga ikut tersakiti. Ini termasuklah ibu dan keluarga Chris. Lantaran itu Smith turut meminta maaf kepada keluarga Chris.
Sebelum ini, Chris dalam satu kenyataan mengaku tamparan yang diterima dari Smith kerana lelucon yang disifatkan tidak sensitif itu menyakitkan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hollywood

Keanu Reeves Sentiasa Ingat Mati, Minta Semua Hargai Hidup

gempak
25/07/2024
14:21 MYT
Aktor Keanu Reeves telah melalui episod kehilangan ramai orang yang disayangi dalam hidupnya.