Laman Utama

Viral Beri Ratusan Kucing Liar Vaksin & Makanan, Ariel Tatum: “Dulu Saya Benci”

Maliah Surip
12/09/2022
14:26 MYT
Ariel Tatum yang kini hangat menerusi filem terbaharunya, Sayap Sayap Patah tiba tiba menjadi trending di Twitter.
Bukan kerana lakonannya dalam filem tersebut, tapi lantaran sikap prihatinnya yang memberi makanan percuma serta membawa ratusan kucing menerima suntikan vaksin di klinik haiwan.
Inisiatif tersebut dilakukan Ariel secara diam diam atas usahanya yang kini merupakan pecinta kucing.
Momen tersebut dirakamkan oleh seorang jurugambar dengan akaun Twitter Addit H.
“Sempat merakamkan Ariel Tatum memberi kucing liar di jalanan Blok M makan,” tulisnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 35 ribu likes dengan akaun Twitter pemuda itu sendiri mendadak menerima ‘kawan baharu’.
Namun di sebalik sikap prihatin Ariel terhadap kucing liar yang dipotretnya, perempuan cantik ini dalam satu temubual pernah mengaku sangat membenci kucing.
Saat berbicara dengan Onadio Leonardo dan Enzy Storia di YouTube KUY Entertainment, Ariel mengaku membenci kucing kerana mencuri makanannya.
"Benci sebenci-bencinya sama kucing. Sebab sayang atau berbuat baik dengan kucing pun mereka tetap akan mencuri makanan kita,” kata Ariel dalam temubual tersebut seperti dilaporkan Suara.com.
Namun semua rasa bencinya berubah kerana peristiwa tidak terduga di depan rumah.
“Tiba-tiba di depan pintu rumah, ada kucing melahirkan empat anak. Sejak itu saya memelihara mereka,” katanya.
Malah wanita berusia 25 tahun ini mengatakan punya keperibadian yang sama dengan kucing. Dia menyifatkan kucing sebagai haiwan yang berdikari dan tidak terlalu clingy.
"Kucing clingy, kucing itu independent. Tapi kalau anjing saya rasa sangat clingy.
“Dan apa yang membuat saya jatuh cinta dengan kucing juga adalah mereka tidak selalu memberi izin manusia untuk menyentuh mereka. Ini sangat berprinsip,” katanya lagi.
Instagram: @cumamotodoang
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Hiburan

Michael Ang Tak Ada Komen Isu Langgar Kontrak, Biar Peguam Selesaikan Isu

gempak
24/07/2024
08:55 MYT
Penerbit dan pengarah, Michael Ang menyatakan dia tidak mempunyai sebarang komen berkaitan tindakan saman yang bakal diambil terhadap dirinya.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.