Seorang pelajar lelaki menjadi bualan netizen apabila beberapa keping foto yang menampilkan dia berkahwin dua secara serentak viral di media sosial.

Namun, kekecohan dalam kalangan netizen reda apabila ketiga-tiga pelajar itu hanya berkahwin olok-olok bagi memenuhi keperluan tugasan yang diberikan oleh pihak sekolah.

BERITA TRENDING: Diharam Tayang Di Malaysia, Ini Fakta Tentang Filem Siksa Neraka

Difahamkan, pelajar-pelajar yang dikenali sebagai Atmal Maulana, Syifa Zahra dan Helen Sukma itu merupakan para pelajar Sekolah Menengah Duta Pratama, Tasikmalaya.

Dipetik daripada TribunPriangan, Atmal mengungkapkan fakta sebenar mengenai ‘majlis pernikahannya’ itu.

“Sebenarnya, pernikahan itu latihan di sekolah. Jadi, mulai dari persiapan, foto pre-wedding, ijab kabul, jamuan makan dan lain-lain. Hal ini memang latihan di sekolah.

“Ia merupakan gabungan daripada dua jurusan iaitu Kejururawatan dan Farmasi. Kalau latihan nikah berlangsung pada 14 Disember 2023.

Sementara itu, Pengetua Sekolah Menengah Duta Pratama, Lasiman menjelaskan, sekolah yang diuruskannya memang kerap menganjurkan latihan berbentuk pernikahan.

BERITA TRENDING: Pernah Hidap Penyakit Vertigo, Raja Azmi Kongsi Nasihat Berguna Daripada Doktor - “Jangan Guna…”

“Jadi pernikahan ini adalah latihan yang dilaksanakan sekali setiap setahun di kelas 12 di SMK Duta Pratama, cuma memang di tahun ini agak lebih besar, sangat meriah sekali,” jelasnya.

Sumber: SerambiNews