Berita

"Wah, Nak Ada Baby Lagi Ke?" - Memey Suhaiza Disangka Mengandung, Ini Penjelasan Norman Hakim...

gempak
ZULHILMI JALIL
27/05/2020
04:52 MYT
Sponsor Banner
"Wah, Nak Ada Baby Lagi Ke?" - Memey Suhaiza Disangka Mengandung, Ini Penjelasan Norman Hakim...
Pelakon Norman Hakim menafikan dakwaan isterinya, Memey Suhaiza kini sedang berbadan dua ekoran satu posting yang dimuat naik di Instagram yang memberitahu isterinya mengidam makanan Jepun.
Menurut Norman, status 'mengidam' tersebut tidak ada kaitan dengan perkhabaran baharu mengenai zuriat mereka.
"Hahaha, tak adalah, mana ada mengandung. Cuma craving (teringin) sangat je nak makan teppanyaki," katanya menerusi kiriman WhatsApp ketika dihubungi Gempak.
Menurut Norman lagi, 'budak kecik' yang dimaksudkan dalam tulisan kapsyennya juga tidak membawa apa-apa maksud tersirat.
"Buat masa sekarang tak ada lagi (bayi)," katanya.
Terdahulu, Norman memuat naik satu posting di Instagram yang memberitahu isterinya sedang mengidam makanan Jepun.
"Budak kecik ni mengidam pulak nak makan makanan Jepun. Wifey @memeysuhaiza tak nak tapau, dia nak makan kat luar juga, nak ‘tukar angin’ katanya," tulisnya.
Perkongsian status itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan netizen yang menyangkakan pasangan itu bakal menerima kehadiran cahaya mata baharu.
"Wah, nak ada baby lagi ke?
"Wah Mikayla nak dapat adik ke?," tulis sebahagian netizen di ruangan komen.
Pasangan itu mempunyai tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 7, Muhammad Dikhriz Hakim, 5 dan Mikayla Delisha Hakim, 2.
Menerusi perkahwinan pertama dengan aktres Abby Abadi, Norman mempunyai tiga anak juga, Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 15, dan Maria Danisha Hakim, 12.
Saksikan program yang menampilkan Norman Hakim di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live