Laman Utama

Waktu Bekerja Dari 48 Jam Kepada 45 Jam Berkuat Kuasa 1 September

gempak
Shahrin Zulkifle
11/08/2022
14:30 MYT
Sponsor Banner
Waktu Bekerja Dari 48 Jam Kepada 45 Jam Berkuat Kuasa 1 September
Bermula 1 September 2022, pindaan bagi Akta Kerja 1955 berhubung pengurangan waktu bekerja mingguan daripada 48 jam kepada 45 jam akan berkuat kuasa.
Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, pada Selasa.
Menurut Awang, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Pindaan ini juga membolehkan pekerja menggunakan susunan waktu bekerja yang lebih fleksibel.
“Pindaan ini juga memperkenalkan seksyen baharu mengenai aturan kerja fleksibel untuk bolehkan pekerja memohon pada majikan bagi melaksanakan pekerjaan ikut kesesuai waktu kerja, hari bekerja atau tempat kerja termasuk bekerja dari rumah bagi sesuatu terdesak seperti pandemic Covid-19.
“Setakat hari ini tiada cadangan untuk kita tetapkan empat hari bekerja di peringkat kementerian,” tambahnya.
Sementara itu, tanda pagar #kerja45jam menjadi topik trending di laman twitter dan beberapa laman sosial lain yang menyaksikan pelbagai perkongsian wargamaya.
Ada juga yang seakan tidak kisah dengan perubahan yang diumumkan itu disebabkan perbezaan masa yang begitu sedikit.
Sementara itu, beberapa buah negara Eropah seperti Itali, Paris, Belgium dan Poland telah menguatkuasakan pindaan mengurangkan waktu bekerja.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024