Berita

"Walaupun 2 Malam Dalam Lokap Saya Berasa Nikmat..." Isteri Dai Farhan Kongsi Pengalaman Makan Nasi Kosong, Ikan Jaket

gempak
ZULHILMI JALIL
05/03/2020
08:01 MYT
Sponsor Banner
"Walaupun 2 Malam Dalam Lokap Saya Berasa Nikmat..." Isteri Dai Farhan Kongsi Pengalaman Makan Nasi Kosong, Ikan Jaket
Isteri pendakwah bebas Da'i Farhan, Noorainul Naqim Mohd. Radzi yang didakwa atas pertuduhan menipu pelanggan berhubung urusan sijil halal, menceritakan pengalamannya tidur di dalam lokap ketika ditahan reman.
Menurut Noorainul, 40, atau lebih dikenali dengan panggilan Dr. Erin, biarpun terpaksa bermalam di lokap, dia tidak pernah berasa malu, sebaliknya menganggap itu sebagai satu ujian buatnya.
"Assalammualaikum, kepada semua yang bertanya Alhamdullilah saya okay. Walaupun dua malam dalam lokap saya berasa nikmat kehidupan yang sebenar.
"Kalau nak diikutkan makan nasi kosong dengan ikan jaket tak ada lah apa sangat. Pengalaman Allah nak tunjuk ujian kita ni kecil sangat nak dibandingkan dengan kawan-kawan kat dalam sana tu," ceritanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Dr. Erin turut berkongsi sekeping foto dirinya sedang memandu kereta dengan menunjukkan isyarat tangan 'peace'.
Pada masa sama, kata Dr. Erin lagi, dia berterima kasih kepada individu yang menjaganya dengan baik sepanjang tidur di dalam lokap.
"Yang kat dalam tu tak semuanya bersalah selagi dia tidak didapati bersalah. Saya terima semua prosedur dengan hati terbuka tak ada rasa malu atau takut.
"Terima kasih kepada beberapa orang yang menjaga saya semasa di dalam lokap dengan baik walaupun ada beberapa pekara yang Allah nak tunjuk pada saya kalau tak masuk dalam saya tidak tahu begitu keadaan sebenarnya," tulisnya.
Sebelum ini, Dr. Erin didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang pelanggan berhubung urusan sijil halal.
BACA: Isteri Pemenang Program Da'i Ditahan
Bagaimanapun, tertuduh kemudian mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebelum dibenarkan diikat jamin RM4,000.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 21 Disember 2017 sehingga 26 Februari 2018 di Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.
Majistret Wong Chia Sia kemudian menetapkan 3 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live