Penampilan pelakon Datin Eina Azman yang kelihatan cantik bergaya ketika muncul dalam drama komedi thriller, The Maid mendapat perhatian.

Menerusi akaun Instagram (IG) miliknya, Eina memuat satu babak sedang marah bersama pelakon Ezzaty Abdullah yang juga merupakan madunya di dalam drama tersebut.

“Ada apa-apa jadi ke sampai Nadia dan Fika marah sangat tu?,” tanyanya.

Menjengah di ruangan komen rata-rata memuji penampilan Eina yang kelihatan cantik meskipun sedang marah di dalam babak berkenaan.

“Marah pun masih cantik,” puji salah seorang pengikutnya.

“Mad queen,” komen salah seorang warga maya.

Tidak kurang juga ramai pengikutnya terhibur dan memberi respon positif tentang drama The Maid yang kini sudah masuk episod ketujuh.

“Arrrr best sangat cerita ni,” puji salah seorang netizen.

“I like this drama ... tengok ulang-ulang,” teruja salah seorang warga net.

“Satu-satunya drama Melayu yang saya tengok setelah masuk tahun 2021..sempoi je pelakon bawak watak masing-masing,” komen salah seorang pengikutnya.

Saksikan drama The Maid setiap hari Rabu, pada jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).

Jika anda terlepas untuk menonton epsiod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian The Maid.

A post shared by ???? ????? (@eina_azman)


The Maid menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Norman Hakim ,Mira Filzah, Sherry Al Hadad, Datin Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Zarina Zainoordin, Ieda Moin, Nadya Shahera, pengacara Gempak TV iaitu Isha Norsham dan Siti Khadijah.

Ia mengisahkan seorang lelaki bernama Jayden seorang penulis novel yang popular. Di mata masyarakat, Jayden dan empat isterinya hidup dengan penuh harmoni dan kasih sayang tetapi sebenarnya tidak. Setiap daripada mereka membenci antara satu sama lain dan hanya berpura-pura bahagia.

Bagaimana pun, hanya pembantu rumah mereka sahaja tahu cerita sebenarnya. Konflik timbul bermula dengan kematian isteri keempat Jay iaitu Elisa lakonan Mira Filzah. Elisa dijumpai mati ketika Jay dan isteri-isterinya mengadakan makan malam dan ketiga-tiga isteri Jay yang lain merupakan suspek pembunuhan.

Penyiasatan bermula dan rahsia demi rahsia milik isteri Jay telah dibongkar. Situasi menjadi lebih misteri apabila Citra lakonan Siti Khadijah Halim muncul sebagai pembantu rumah yang baru.

Siapakah dalang disebalik kematian Elisa? Semuanya bakal dibongkar dalam drama bersiri THE MAID setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104). Anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand