gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Aril Pilus Cabar Diri Anjurkan Konsert Muzik Kita!, Angkut Butterfingers, Nosstress & Monoloque - "Awalnya Agak Kabur Sebab Saya Juga Selebriti Tapi ..."
VIRAL
Sistem AI Kenderaan Elektrik Sangka Pemandu Mengantuk Kerana Saiz Mata Kecil
BERITA
Pemuda Taiwan Hilang Kaki Gara-Gara Tipu Insurans
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Wanita Hamil 7 Bulan Maut Disembelih Bapa Mentua Yang Kelaparan

Izwan Isa
Izwan Isa
02/11/2023
04:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Hamil 7 Bulan Maut Disembelih Bapa Mentua Yang Kelaparan
Seorang wanita bernama Fitria Almuniroh Hafidloh yang sedang hamil tujuh bulan maut disembelih bapa mentuanya sendiri, ketika suami, Sueb menghadiri jemputan temuduga kerja.
Tragedi menyayat hati itu berlaku di rumah mereka di Dusun Belimbing, Desa Pererejo, Kecamatan Purwodado, Kabupaten Pasuruan, Jawa Timur pada Selasa.

BERITA TRENDING: Aniaya Anak Hingga Cedera, Ibu Dan Rakan Wanita Dipenjara Tujuh Tahun

Ketua Polis Daerah Purwodadi, AKP Pujianto berkata, ketika kejadian, Fitria berada dalam biliknya.
Pelaku yang tinggal di kediaman sama tiba-tiba menghampiri mangsa, kemudian menggunakan pisau dapur mencederakan leher mangsa.
“Kejadian pembunuhan berlaku dalam bilik rumah suami mangsa, (dan pelaku) menggunakan pisau dapur untuk mengelar leher mangsa,” katanya.
Tidak lama selepas menantunya berlumuran darah, pelaku segera melarikan diri.

BERITA TRENDING: Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Tampil Mohon Maaf - “Tak Seharusnya Saya Muat Naik Konten Seperti Ini”

“Selepas mengelar leher mangsa, pelaku panik dan melarikan diri ke rumah jirannya sambil bersembunyi dalam bilik,” katanya lagi.
Tidak lama kemudian, Sueb pulang ke rumah dan mendapati pintu rumah terkunci. Bimbang ada yang tidak kena, suami mangsa bertindak memecahkan daun pintu. Sebaik pintu dibuka, Sueb terkejut melihat isteri sedang terbaring di atas katil dalam keadaan berlumuran darah.
Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Kesihatan Masyarakat Purwodadi. Namun, mangsa dan bayi dalam kandungan tidak dapat diselamatkan.
Sementara itu, pelaku berjaya ditahan pegawai polis dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Purwodadi. Difahamkan, pelaku bertindak demikian kononnya kerana kebuluran dan mengalami masalah kewangan.
Sumber: Tribun News Jakarta

BERITA TRENDING: [VIDEO] Gara-Gara Kenyataan Mahu Sembelih Orang Bukan Islam, Zul Huzaimy Tampil Mohon Maaf​

Topic Berkaitan
#Wanita hamil
#Sembelih
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement