Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wanita Mirip Nonny Nadirah Kongsi Video Botakkan Kepala, Kongsi Kapsyen Tentang 'Friend Zone'

Amri Hassan
03/07/2024 20:55 MYT
Selepas sekian lama mendiamkan diri, akaun Instagram milik penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah kembali 'hidup'.

Terbaharu, akaun itu memuatnaik sepotong video memaparkan aksi seorang wanita mirip Nonny membotakkan kepalanya.

Dalam video berkenaan, wanita terbabit dilihat membuka bajunya dengan hanya tinggal memakai pakaian dalam sebelum bertindak mencukur rambutnya dengan mesin pencukur.

Tulis pengendali akaun itu pada kapsyen video berkenaan ringkas berbunyi; "Twinnies" sambil dilatari dengan lagu Afterhours (Troyboi feat Diplo & Nina Sky).

Manakala, di Instagram Storiesnya pula memuat naik foto ketika masih berambut panjang paras bahu dan beberapa kapsyen.

"People don't get out of the friend zone very easily with me," tulisnya selain turut mempromosikan produk keluarannya sebelum ini.



Disember lalu, Nonny memaklumkan dirinya kembali membuka tudung selain meluahkan rasa kesal kerana dirinya didakwa telah disihir oleh individu yang dikenalinya.

BERITA TRENDING: Nonny Nadirah Merayu Hilangkan Gangguan - “Tiga Tahun Hanya Dapat Halusinasi Buruk”

BERITA TRENDING: [VIDEO] Nonny Nadirah Akui Pernah Jahil Tentang Agama Islam - “Banyak Kali Saya Tertanya Macam…”

BERITA TRENDING: Lama Menyepi, Akhirnya Mila Jirin Bertemu Nonny Nadirah Setelah Tiga Tahun - “Saya Jumpa Dengan Seseorang Yang…”

BERITA TRENDING: Enggan Ulas Lanjut, Nonny Nadirah Tampil Mohon Maaf & Mohon Doa Semua Orang - "Setiap Individu Itu Melalui Fasa Ujian Yang Berlainan"

BERITA TRENDING: 2 Hari Sebelum Ramadan, Nonny Nadirah 'Payung' Video Baru Pegang Burung Merpati... Maksudnya Apa?

BERITA TRENDING: Nonny Nadirah ‘Up’ Video Berkemban, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur! – “Hari Ni Aku Sangat Frust!”

#Viral #Botak #Sabah #Nonny Nadirah #Rambut #Cukur #Kepala