,
Laman Utama

Wanita Pinang Jiran Jadi Isteri Kedua Suami - “Walaupun Ada Yang Kata Perbuatan Ini Gila Tapi…”

Gempak
22/08/2023
23:55 MYT
Sehingga kini media sosial kecoh dengan kisah suami mendapat keizinan isteri untuk berkahwin lagi.
Mungkin kebanyakkan isteri sukar untuk menerima takdir diri dimadukan, namun berbeza dengan seorang wanita berusia 37 tahun yang bertindak melamar isteri baharu buat suaminya.
Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Cinta Arjuna berkata, dia memberi keizinan kepada suami untuk berkahwin lain pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka ke-10 yang juga ulang tahun kelahiran lelaki itu.
“Dia (madu) merupakan individu yang saya kenal kerana kami tinggal di kawasan perumahan sama. Semenjak dia bergelar janda, bermacam-macam fitnah dan tohmahan dilemparkan kepadanya.
“Jadi untuk menjaga maruah, saya sendiri bertanya sama ada awak nak tak berkahwin dengan suami saya?” katanya.
Tambahnya lagi, pernikahan tersebut bukanlah atas dasar keinginan suaminya kerana dia sendiri yang melamar wanita berkenaan tanpa pengetahuan sesiapa.
“Alhamdulillah, Allah permudahkan niat saya untuk membantu dia (madu). Dia dan suami pun bersetuju untuk meneruskan kehidupan berpoligami.
“Pada 19 Mei lalu, saya telah menyarungkan cincin pertunangan pada jari manis si madu dan kami berbincang serta bersetuju untuk berkongsi tarikh perkahwinan sama iaitu pada 28 Jun di mana ia juga hari ulang tahun suami,” ujarnya.
Pada masa sama, wanita berkenaan memberitahu bahawa dia reda dengan segala ketentuan Ilahi sekiranya perkahwinan yang dibina selama 10 tahun itu menemui titik noktah dengan penceraian.
Katanya, dia sentiasa berdoa agar keputusan dalam membenarkan suami untuk bernikah lain adalah yang terbaik kerana niat utama bukanlah kerana zuriat.
“Walaupun ada yang kata perbuatan ini gila kerana sanggup berkongsi kasih tetapi tidak bagi saya kerana ALLAH yang menggerakkan perasaan itu dan saya yakin itu merupakan satu keputusan tepat,” katanya.
Sumber - Sinar Harian
BACA SINI: Abang Tesla TikTok Kahwin Lagi Satu - “Selesai Nikah Saya Terus Cari Isteri Pertama Untuk…”
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

TikToker Ali Abulaban Rasa Tidak Adil Dipenjara Seumur Hidup Kerana Tembak Isteri

gempak
07/09/2024
15:55 MYT
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri dan rakan lelakinya hanya kerana menyangka mereka menjalinkan hubungan sulit.
Hiburan

Berang ‘Orang Luar’ Masuk Campur Isu Rumah Tangga, Abang Tesla Bakal Saman 3 Individu

gempak
05/09/2024
05:55 MYT
Isu rumah tangga pempengaruh sensasi iaitu Abang Tesla dan kedua-dua isterinya masih menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
Viral

Isteri Pertama Abang Tesla Dedah Berhabis RM30,000 Untuk Rawatan IVF, 6 Tahun Tunggu Cahaya Mata

gempak
05/09/2024
02:29 MYT
Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari baru-baru ini berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF).
Hiburan

“Saya Sanggup Sujud & Minta Maaf Janji Korang Tak Ganggu Mental Mereka” - Abang Tesla

gempak
02/09/2024
23:55 MYT
Enggan memanjangkan isu, pempengaruh Abang Tesla merayu kepada orang ramai agar berhenti ‘menyerang’ kedua-dua isterinya dengan kata-kata negatif.
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

gempak
02/09/2024
09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.