Berita

Wanita Warga Emas Potong Suami Pakai Gergaji & Ubah Suai Rumah, Polis Sifatkan Kes Brutal

gempak
Maliah Surip
06/10/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Wanita Warga Emas Potong Suami Pakai Gergaji & Ubah Suai Rumah, Polis Sifatkan Kes Brutal
Seorang wanita warga emas berusia 53 tahun tidak dibenarkan diikat jamin dan bakal dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada Disember depan selepas ditangkap kerana didakwa membunuh suaminya.

Bunuh suami dengan kejam

Nirmeen Noufl dituduh membunuh suaminya, Mamdouh Noufl, 62, setelah 18 bulan hilang.
Sehingga kini, Nirmeen tidak memberi sebarang informasi mengenai kehilangan dan jenayah yang dilakukan terhadap lelaki tersebut. Namun pihak penyiasat jenayah percaya wanita tersebut adalah suspek utama pembunuhan Mamdouh.
Mengikut fakta kes, Mamdouh hilang dan tidak dapat dikesan sejak Mei 2023 sebelum keluarga membuat laporan dan siasatan dijalankan sebulan kemudian.
Hanya selepas 18 bulan baru polis menahan Nirmeen selepas menemui bukti yang boleh disabitkan dengan wanita itu.
Pihak berkuasa menyifatkan jenayah yang dilakukan Nirmeen sangat terancang dan brutal sehingga tidak ada satu kesan ditinggalkan selepas pembunuhan dilakukan.

Ibu kepada lapan anak itu dipercayai membunuh dengan pisau dan memotong anggota badan suaminya menggunakan gergaji.

Potongan anggota Mamdouh kemudian dibuang dalam tong sampah di kawasan kejiranan tempat mereka tinggal di Sydney. Nirmeen kemudian telah menghapuskan bukti dengan sangat teliti sehingga tiada satu kesan dapat dijejak. Ini termasuk mengubah suai kediaman yang telah mereka tinggal selama 10 tahun.
“Jenayah yang dilakukan sangat brutal dan terancang. Suspek melakukan jenayah dengan sangat teliti termasuk cara membuang dan menghapuskan bukti,” katanya seperti dilaporkan wakil pihak berkuasa seperti dilaporkan The Independent.

ARTIKEL BERKAITAN:Rupa-Rupanya Sabari Dibunuh Kerana Cam Wajah Suspek

ARTIKEL BERKAITAN:Kontraktor Umur 51 Tahun Dituduh Bunuh Bekas Pelumba Motosikal Negara Elly Idzlianizar

ARTIKEL BERKAITAN:Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

ARTIKEL BERKAITAN:Atlet Olimpik Maut Dibakar Bekas Kekasih Sewaktu Pulang Dari Gereja

ARTIKEL BERKAITAN:Bunuh Orang Demi Keseronokan, Lelaki Jadikan Mangsa Daging Burger Sebelum Jual

Polis hanya berjaya membongkar jenayah wanita itu selepas menjejak pengeluaran wang dan penggunaan media sosial suaminya. Nirmeen dipercayai cuba mengaburi kehilangan suaminya dengan menyamar sebagai Mamdouh sehingga Julai tahun lalu.
Wanita itu kemudian ditahan selepas mendaftarkan dirinya sendiri ke hospital. Dia dipercayai melakukan jenayah tersebut berhubung aset yang dimiliki suaminya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024