Selain intipati Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam, penampilan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut mencuri perhatian netizen.

Tengku Zafrul memecah tradisi apabila membawa beg kelabu berbanding beg bimbit hitam yang biasa dibawa Menteri Kewangan sebelum ini.

Misteri beg kelabu terbongkar apabila Tengku Zafrul sebenarnya hanya membawa tablet berbanding teks.

BACA: Chill, Jangan Stress...Ini Momen Menarik Sepanjang Pembentangan Belanjawan 2021

Jam tangan model G-Shock yang digayakan Tengku Zafrul tular di media sosial.

Model jam GA-2000s itu dianggarkan berharga sekitar RM300 hingga RM500 setakat artikel ini ditulis.




Selain itu, baju melayu cekak musang rona 'powder blue' turut mendapat pujian daripada rata-rata warganet.

"@sofeasf: Cantiknya kemas dan segak Menteri Kewangan kita dengan berbaju melayu lengkap. Syabas doa rakyat Malaysia yang baik kepada tuan amin.

"@awakening_my: Stay cool dengan baju melayu," antara komen-komen ditulis.



Ketika membentangkan Belanjawan 2021, Tengku Zafrul memaklumkan sampin yang digayakan itu daripada tenunan Pahang Diraja yang dihasilkan penghuni Penjara Penor, Pahang.

Semalam, buat pertama kalinya Tengku Zafrul membentangkan belanjawan tahunan negara di Dewan Rakyat.

BACA: Daripada 108 Muka Surat, Ini Antara Pecahan Belanjawan 2021 Yang Ramai 'Love'

BACA: Akhirnya! Kerajaan Benarkan Keluar Akaun 1 KWSP Secara...