Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu dia perlu menjadikan bentuk fizikal badannya agar kelihatan 'sado' bagi menjayakan wataknya dalam filem Jebat.

Justeru, menurut Sharnaaz, dia mengakui perlu mengikuti pola pemakanan yang betul bagi mendapatkan saiz badan yang diinginkan.

"Sewaktu filem Jebat saya menjalani proses bulking, sebab itu jugalah nampak badan saya agak buff.

"Tak susah pun nak buat badan itu, saya hanya perlu makan dan makan sahaja. Cuma, saya lebih kepada ambil banyak protein sahaja. Sekejap sahaja nak buat badan begitu," katanya kepada Astro Gempak.

Begitupun, menurut Sharnaaz dia akui saiz badannya kini sudah jauh berbeza jika ingin dibandingkan dengan sekarang.

"Sekarang ini lebih kepada untuk nampak lean dan fit," kongsinya.



Filem Jebat menampilkan gandingan serasi antara Sharnaaz dan Nelydia Senrose.

Ia merupakan karya arahan Jamal Khan yang diangkat menerusi drama bersiri popular, Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

BACA: Selepas 6 Tahun, Sharnaaz & Nelydia Muncul Lagi! Kali Ini Dalam Versi Filem Jebat

Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.

Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.

BACA: Rugi Kalau Tak Tengok! Ini 5 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Jebat

Apapun, jika anda nak ambil 'mood' Jebat, anda boleh layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta di Gempak.

Jadi, tunggu apa lagi, jom tonton filem Jebat di Astro First saluran 480 hari ini!

Bagi mendapatkan info terkini mengenai Jebat, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.