Rapper dan usahawan, Caprice menegur sikap segelintir pihak yang memberi kritikan negatif terhadap sebuah video tular menunjukkan seorang remaja lelaki memakai sarung tangan untuk memberi makanan kepada seekor anjing baru-baru ini.

Menurut Caprice, dia menyukai video itu kerana memaparkan nilai murni dan kasih sayang terhadap haiwan.

Pada masa yang sama, Caprice juga menekankan remaja tersebut memakai sarung tangan sebagai pelapik untuk menyentuh haiwan berkenaan.

"Seorang budak beri makanan kepada anjing, saya suka kisah tentang haiwan sebegini, indah sekali, tatapi ada saja pihak yang akan komen perkara itu haram.

"Kita kena lihat pada situasi, budak itu pakai sarung tangan dan sentuh anjing sebab nak beri makan," katanya menerusi sebuah video di Instagram.

Sementara itu, Caprice sempat menyindir segelintir lelaki yang belum berkahwin, namun bebas menyentuh teman wanita masing-masing.

"Yang korang sentuh awek korang, confirm awek korang boleh makan sendiri, kahwin dulu baru main suap-suap, haram tetap haram bro.

"Dalam bab ini pula, dalam agama kita pernah ada kes dimana seorang wanita atau pelacur nampak anjing yang haus, bagi air dan akhirnya dosa-dosa dia diampunkan.

"Apapun, ia berbalik pada niat, budak ni pakai sarung tangan sebab nampak anjing lapar, saya percaya itu satu perkara yang baik, cuma kalau nampak buaya, jangan bagi makanan, sebab kalau bagi sikit confirm dia nak lagi," katanya lagi.

Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Caprice turut bersetuju dengan pendapatnya itu.

Malah, ramai juga warganet yang berpendapat masyarakat zaman kini harus berfikiran lebih terbuka dan tidak cenderung pada perkara negatif sahaja.

Dalam perkembangan lain, Caprice kini terlibat sebagai Presiden Netizen bersama Neelofa dan Michael Ang dalam Big Stage 2020.

Big Stage 2020 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) ditayangkan pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (124).

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

? atau ?

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on