,
Laman Utama

“Yang Penting Anak & Isteri Negatif”- Tomok Pula Kena Covid-19

Syafiqah Jalal
20/02/2022
03:37 MYT
Penyanyi dan pelakon Tomok akui reda kerana akhirnya disahkan positif Covid-19.
Tomok atau atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, 37, tak sangka dia menjadi sebagai salah seorang penyumbang statistik kerana ia perkara yang paling mahu dielaknya selama ini.
Pun begitu, Tomok yang menjalani kuarantin di rumah bagaimana pun lega apabila isteri dan anak-anaknya masih dilindungi.
“Benda paling nak elak sekarang kena pada saya. InsyaAllah semoga baik saja. Yang penting, anak dan isteri negatif. Alhamdulillah," katanya.
Terdahulu, Tomok yang juga juga vokalis kumpulan New Boyz memaklumkan berita sedih dijangkiti Covid-19 di Instagram dengan berkongsi paparan kit ujian Covid-19 kendiri miliknya.
Difahamkan kit ujian Covid-19 kendiri itu dilakukanTomok bersama isteri, Rahayu Abas serta anak mereka pada hari ini dan keputusan sedih berpihak buatnya apabila positif Covid-19.
Pada perkongsian dibuat itu, ramai rakan selebriti dan pengikut Tomok di media sosial mendoakan keselamatannya agar segera sembuh dan pulih. Malah, Tomok juga mengucapkan terima kasih pada semua.
Selama dua tahun penularan pandemik Covid-19 di Malaysia, ramai selebriti disahkan positif dan dijangkiti virus berbahaya yang menyerang seluruh dunia hingga kini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Babak Haikal Paksa Suri Rujuk Tular Di TikTok, Netizen Tanya Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Dr Zulkifli Al-Bakri

gempak
22/11/2024
08:50 MYT
Tular di media sosial kini babak drama hits Andai Tiada Dia yang memaparkan Haikal lakonan Hisyam Hamid memaksa isterinya untuk rujuk semula dengannya secara paksaan.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Unitar