BERITA
"Yang Tinggal Hanya Kawan-Kawan Rapat, Kawan-Kawan Dari US & Keluarga" - Mahukan Privasi, Ini Yang Dilakukan Oleh Sarah Hildebrand
Pelakon Sarah Hildebrand mengakui kesal apabila ada pihak yang tidak menghormati privasinya dalam akaun media sosial Facebook peribadinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Sarah menjelaskan dia terpaksa 'remove' rakan-rakan Facebooknya dari Malaysia kerana tidak mahu perkara sedemikian berulang kembali.
"Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah mengambil keputusan untuk 'remove' rakan dari Facebook peribadi. Perkara ini dilakukan disebabkan oleh ada individu yang tidak beretika serta tidak menghormati privasi saya.
"Disebabkan saya tidak tahu siapa yang melakukan perkara tersebut jadi saya telah 'remove' semua rakan dari Malaysia untuk berlaku adil.
"Yang tinggal hanya kawan-kawan rapat, kawan-kawan dari AS, dan keluarga. Tolong jangan terasa dengan tindakan saya ini.
"Tidak semestinya kita tidak berkawan di media sosial, bermakna kita tidak boleh menjadi kawan di luar," tulisnya.
{BACA: Hubungan Dengan Nabil Mahir Terlerai, Sarah Hildebrand Sudah Temui Pengganti... Bercinta Sejak Februari Lepas?}
Menerusi ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Sarah dan berharap dia bertabah dengan ujian yang menimpa dirinya.
"@nellyzabridal: It's ok. You know what is the best for you. Kak Wati doakan yang terbaik untuk Sarah. Sabar ye dengan setiap ujian. Take care ya."
"@kartina_khanib: Tak apa you ada hak. It's for your own good also. Semoga dipermudahkan segala urusan you yea."
"@jelita_hati_ku: Its ok. You have your own right for your Facebook. We need to educate people on this."
Must-Watch Video