Pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel, 33, melahirkan rasa syukur kerana dapat menghadiahkan kereta mewah jenama Mercedes Benz kepada isterinya, Wawa Zainal bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-29 pada 12 Mac lalu.

Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari menyifatkan pemberian itu tidak setimpal dengan pengorbanan yang dilakukan oleh Wawa selama mereka bersama.

"Alhamdulillah.. Rezeki dapat hadiahkan isteri kereta. Hadiah ini sangat kecil kalau dibandingkan dengan pengorbanan mu selama kebersamaan kita.

"Semoga kita bersama dan kekal hingga ke Jannah. Happy belated birthday again yang ke-29. Semoga setiap tahun ku mampu membuat mu tersenyum bahagia. More years to come insya-Allah. Doakan ya," tulisnya di Instagram (IG).

Perkongsian itu menunjukkan Wawa menerima kereta berwarna hitam dengan menggunakan nombor plat sama seperti kereta Mercedes-Benz sebelum ini.

BACA: Untungnya! Hargai Wawa, Aeril Hadiahkan Mercedes-Benz RM250,000

Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin menyatakan dia tidak mengharapkan hadiah kerana apa yang diperlukan hanya Aeril dan anak-anak mereka.

"Terima kasih Aeril sebab hadiahkan kereta ini. Sebenarnya, saya tak mengharapkan apa-apa pun dari dia, asalkan dia ada dekat dengan saya pun dah cukup. Itu pun dah bahagia dengan anak-anak.

"Sebenarnya saya tak perlukan pun, kereta lama masih elok lagi tapi dia cakap nak bagi hadiah," katanya.

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)


Terdahulu, Aeril dan Wawa pernah menggemparkan dunia hiburan dengan kisah perkahwinan senyap-senyap mereka sebanyak dua kali.

Hasil sembilan tahun bersama, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakharuddin Attar, 8, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya yang kini berusia setahun.