HIBURAN
Zaquan Adha Nak Jual Meja Snooker, Tempat Terakhir Beri Bantuan CPR Arwah Anak Bongsu - "Selagi Ada Saya Akan Teringat..."
Sarat dengan kenangan pilu, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha berkongsi hasrat mahu menjual meja snooker yang menjadi lokasi terakhir dia dan isteri, Ayu Raudhah memberikan bantuan kecemasan CPR buat Allahyarham anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Raees.
BERITA TRENDING: “Ya Allah… 2 Hari Yang Sangat Sunyi Tanpa Anak Syurga Daddy” - Zaquan Adha
BERITA TRENDING: "Beruntung Ayu & Zaquan, Empat Orang Anak Syurga Sudah Menanti Di Sana" - Che Ta
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Zaquan menjelaskan perabot itu menyimpan kenangan berat buatnya sekeluarga.
"Saya nak jual table ini, sebab dekat atas table inilah saya dan Ayu letak baby Raees untuk buat CPR sementara tunggu ambulan sampai.
"Selagi ada meja ini, saya akan sentiasa teringat saat-saat getir ketika sedaya upaya cuba untuk selamatkan Raees.
"Jika ada yang betul-betul berminat boleh DM saya," tulisnya.
BERITA TRENDING: “Pinjaman Syurga... Dari Lahir Sampai Hembusan Nafas Akhir, Dia Tak Pernah Menyusahkan” - Ayu Raudhah
Menerusi hantaran lain, Zaquan sempat memuat naik foto pakaian terakhir yang dipakai oleh arwah anaknya sebelum menghembuskan nafas terakhir serta kenangan bercuti bersama keluarga besarnya.
"Bila fikir-fikir balik, Allah bagi kami peluang sekeluarga pergi bercuti sama-sama dengan Raees sebelum dia pergi selamanya meninggalkan keluarga besar kami.
"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah," tulisnya.
Terdahulu, Zaquan Adha telah berkongsi berita kesedihan kehilangan anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees menerusi kemas kini di laman sosial Instagram Story.
Kakak ipar Zaquan yang juga pelakon, Rozita Che Wan memaklumkan bahawa anak buahnya itu tidak sedarkan diri pada jam 1 petang dan adiknya, Ayu terus menghubungi talian kecemasan bila melihat anaknya tidak sedarkan diri.
Jenazah sebelum ini telah menjalani proses bedah siasat di Unit Jabatan Forensik, Hospital Rembau pada Selasa sebelum dibawa ke kediaman Zaquan untuk pengurusan terakhir Allahyarham.
Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees telah selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan, pada pukul 9.22 pagi
Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.
Must-Watch Video